Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 22, 2009

Harry Potter 6 : The Half Blood Prince

Best Blog Tips

Lepas ambik orang dan hantar orang ke LRT Kelana Jaya. Masa untuk layan diri pulak... nak pegi mana? Wayang timelah. Aku kaki wayang yang mild. King Hill menjadi destinasi untuk dituju.. Misi adalah untuk mencari durian. Durian?!! Apa kaitan.. saje jer... Tengok cerita terbaru, Harry Potter tukang pembuat pot. Haahaahaha... tak lawak pun....

Harry Potter 6 : The Half Blood Prince adalah siri yang paling gelap pernah aku saksikan. Bayangkan aku follow cerita dari zaman aku belajar lagi sampailah yang keenam ni. Bukan saja panggung turut gelap tapi plot cerita pun gelap jugak, sesuai dengan usia Harry yang menginjak usia remaja yang hendak bercinta dan Harry diselubungi dendamnya dengan Vandlemort @ Tom Riddle yang menjadi petualang pembunuhan ibu dan bapa Harry. Harry ditenggelami oleh kemasyurannya yang membunuh Sirius Black dan menjadikan dendam Lord Vndelmort semakin hebat. Maka diutuslah pengacau untuk mengganggu.

Professor
Dumbledore mengajak Harry Porter untuk merungkai misteri sejarah hidup Tom Riddle dengan menjadi orang yang mampu memancing Professor Horace Slughorn kembali ke Hogwarts. Tom Riddle adalah pelajar yang disayangi oleh Profesor Slughorn tetapi berubah menjadi pemuja magik dunia gelap yang digeruni. Episod ini menyaksikan Porter bertarung antara dendam, perasaan marahnya, kecewa dalam percintaan, dikhianati dan menjadi harapan terakhir Profesor Dumbledore terhadap Harry Porter untuk mencari di mana Vandlemort berada serta menghapuskannya. Siapakah Half Blood Prince didedahkan terlalu awal menggangu sedikit mood menonton. Ditambahkan penceritaan yang agak perlahan di pengawalan cerita. Tapi secara keseluruhan aku rate:


Plot : 7

Acting : 8

Cinematography : 8

Total : 3 1/2 bintang