Posts

Showing posts from February 17, 2009

MISSING YOU...

Sekitar 2.20 petang tadi aku terima sms daripada kakak aku. Aku ingatkan saja bertanya khabar, tapi aku terima berita yang membuatkan aku tergamam seketika. Smsnya lebih lebih kurang begini, "Aki @ Apai suffiana udah nadai dis morning - stroke (datuk @ ayah Suffiana sudah meninggal dunia pagi ini disebabkan oleh stroke". Aku terkejut sekejap, sebab bulan Disember yang lepas aku sempat bertanya khabar dengan dia. Dia meninggal dunia pada umur awal 60-an. Meninggalkan seorang balu, 4 orang anak dan 6 orang cucu. Aku agak rapat dengan akek (datuk) bukan disebabkan pertalian keluarga (saudara sebelah mendiang mak aku) tetapi merekalah yang banyak membantu sewaktu mak aku meninggal hampir 12 tahun dulu. Sewaktu ayah aku bekerja sebagai polis. Rumah mereka betul-betul di belakang rumah kami. Selepas pencen dan menetap di Taman Tunuku, Miri. Rumah mereka betul-betul di depan rumah kami (selang satu blok). I'm missing your cooking (lelaki from our side memang terer masak) and you...