MISSING YOU...

Sekitar 2.20 petang tadi aku terima sms daripada kakak aku. Aku ingatkan saja bertanya khabar, tapi aku terima berita yang membuatkan aku tergamam seketika. Smsnya lebih lebih kurang begini, "Aki @ Apai suffiana udah nadai dis morning - stroke (datuk @ ayah Suffiana sudah meninggal dunia pagi ini disebabkan oleh stroke". Aku terkejut sekejap, sebab bulan Disember yang lepas aku sempat bertanya khabar dengan dia. Dia meninggal dunia pada umur awal 60-an. Meninggalkan seorang balu, 4 orang anak dan 6 orang cucu.

Aku agak rapat dengan akek (datuk) bukan disebabkan pertalian keluarga (saudara sebelah mendiang mak aku) tetapi merekalah yang banyak membantu sewaktu mak aku meninggal hampir 12 tahun dulu. Sewaktu ayah aku bekerja sebagai polis. Rumah mereka betul-betul di belakang rumah kami. Selepas pencen dan menetap di Taman Tunuku, Miri. Rumah mereka betul-betul di depan rumah kami (selang satu blok).

I'm missing your cooking (lelaki from our side memang terer masak) and your tease. Aku ingat dulu, aku bila datang rumah mereka selalu di offer makan. "Pili (nama panggilan aku), jom makan!" "Aku kenyanglah akek!!" Tapi bila tengok makanan sedap aku jamah jugak. Aku manja sedikit dengan mereka ni... Bila aku berjaya menempatkan diri melanjutkan pelajaran di UiTM, merekalah cukup bangga. Nenek cakap, "Mesti mak kau bangga tengok kau dapat masuk universiti" sambil menangis. Aku sangat rapat dengan nenek... sebab akulah pembantu setia yang membantu dia membuat kuih. Most favorite is kerepek lidah buaya!!

Setiap kali aku balik, aku mesti menjenguk mereka. Berbual, bertanya khabar, membantu apa yang patut. Aku call ayah aku, my dad even in shock mode. Pagi tadi dia sempat berbual dengan akek sebelum balik ke kampung. malah ayah aku sempat makan bersama, sebab ada jiran sekitar rumah kakak aku meninggal. Tengahari terima panggilan mengatakan akek aku meninggal.... fuhh!! My dad almost cry, tapi tahan-tahan lagi.

Aku sms dengan Auntie aku Suffiana (anak kedua beliau yang paling rapat dengan aku) "Mit (nama panggilan) aku terima berita daripada Lolly (kakak aku) Be strong ok! He will never forsake you..."Aku jugak sms dengan Auntie kecik aku... Oya- to send my condolence to them. Wish I can come... :-(

Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

PRAY FOR THE HEALING WATERS

Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)