Posts

Showing posts from August 11, 2009

Amos & Thomas, Kampung Palawan

Masih ingat lagi cerita mengenai lawatan kami ke Kampung Palawan di Langkap, Perak? Tak ingat? Kalau tak, guna link ini sebagai rujukan ( 1 , 2 & 3 ). Untuk posting kali ni, aku nak perkenalkan dua orang sahabat baru aku kepada dunia. Mereka ni dikenali sebagai Amos dan Thomas, anak Orang Asli daripada suku Semai. Aku kagum melihat keramahan anak-anak ini yang begitu bersemangat bercerita tentang ke kampung, persekolahan dan tempat permainan mereka. Apalagi yang boleh kita harapkan daripada anak-anak ini kalau buka tiga perkara asas itu. Aku sebelum itu untuk cuba menghampiri mereka dengan senyuman dan kamera di tangan. Mereka melarikan diri meninggalkan aku. Kedua kalinya aku mencuba lagi dan akhirnya aku berjaya. Yes!! Aku cuba untuk mengajak mereka ke tempat yang mereka selalu bermain, sungai. Segerombolan kanak-kanak yang diketuai oleh Amos dan Thomas membawa kaki kami melangkah ke sungai yang tidak berapa jauh daripada rumah mereka. Lucunya, Amos dan Thomas berjalan begitu la...

R.O.C.C. 2009

Image
R.O.C.C. ataupun River of Christ Concert 2009 bakal diadakan pada 15 Ogos 2009, bertempat di River of Christ, Kota Damansara. Konsert tersebut akan berlangsung selama 6 jam tanpa henti, bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 4.00 petang. Seramai 6 kumpulan daripada gereja yang berbeza akan membuat persembahan. Gereja Grace (BM) Shah Alam adalah kumpulan ketiga yang membuat persembahan dengan menampilkan 11 buah lagu. Unit Pujian & Penyembahan, Unit Tarian, Unit Musik dan Unit Shofar telah melakukan latihan sebanyak 3 kali dan akan melakukan latihan yang terakhir pada hari Rabu ini. Saya juga akan terlibat sebagai penyanyi latar bagi acara tersebut. Kami berharap semua pembaca blog dapat datang dan menikmati hadirat Tuhan melalui lagu-lagu yang bakal dipersembahkan oleh keenam-enam gereja. Acara ini hanya untuk komuniti Kristian sahaja. Kemasukkan adalah percuma. Pray for us as well!! Poster acara Peta untuk ke acara tersebut Jadual bagi program tersebut. Klik 2 kali untuk dibesarka...