Amos & Thomas, Kampung Palawan
Masih ingat lagi cerita mengenai lawatan kami ke Kampung Palawan di Langkap, Perak? Tak ingat? Kalau tak, guna link ini sebagai rujukan (1, 2 & 3).
Untuk posting kali ni, aku nak perkenalkan dua orang sahabat baru aku kepada dunia. Mereka ni dikenali sebagai Amos dan Thomas, anak Orang Asli daripada suku Semai. Aku kagum melihat keramahan anak-anak ini yang begitu bersemangat bercerita tentang ke kampung, persekolahan dan tempat permainan mereka. Apalagi yang boleh kita harapkan daripada anak-anak ini kalau buka tiga perkara asas itu.
Aku sebelum itu untuk cuba menghampiri mereka dengan senyuman dan kamera di tangan. Mereka melarikan diri meninggalkan aku. Kedua kalinya aku mencuba lagi dan akhirnya aku berjaya. Yes!!
Aku cuba untuk mengajak mereka ke tempat yang mereka selalu bermain, sungai. Segerombolan kanak-kanak yang diketuai oleh Amos dan Thomas membawa kaki kami melangkah ke sungai yang tidak berapa jauh daripada rumah mereka.
Lucunya, Amos dan Thomas berjalan begitu laju berbanding kami sehingga kami termengah-mengah mengejar langkah mereka. Maklumlah anak bandar!!! Bila sampai ke destinasi, Amos dan Thomas memaklumkan kepada kawan-kawannya yang sedang mandi untuk beredar, kerana tetamu datang. Bertempiaran mereka lari dalam keadaan bogel. Itu sebab mereka lari...
Lantas Amos dan Thomas membuka baju dan seluar dengan membiarkan anak seluar sebagai 'perisai'. Aku tertawa melihat Amos dan Thomas yang begitu mesra dengan kami. Mereka melakonkan pelbagai cerita dengan menggunakan bahasa-bahasa, seperti, Korea, India, Inggeris dan Mandarin. Kami tidak berhenti ketawa melihat keletah mereka, anak-anak yang begitu dipakai Tuhan dan bakal menjadi pemimpin masa depan, kalau tidakpun untuk mengangkat kaum mereka ke peringkat lebih tinggi. Mari kita doakan.