TV3, Hari Raya, Iklan & Kontroversi
B oleh anda kesan apakah kesilapan yang dilakukan oleh TV3? Inilah kesilapan fatal yang dilakukan oleh Tv3, selain menjadi pengampu kerajaan. Kalau anda masih tidak dapat mencari kecacatan yang dilakukan sila jenguk tulisan Harris M Ibrahim di sini mahupun perbualan di sini . Ada betulnya juga pendapat beliau dan orang-orang lain. Tidak mungkin sesuatu agama diletakan sebegini rupa, seolah-olah parodi dan bahan jenaka iklan yang dipaparkan TV3. Tidak menghormati sensitiviti agama orang lain. Sekiranya, iklan ini mahu menggambarkan semangat 1Malaysia sekali pun, harus ada garisan yang perlu kita jalurkan dan patuhi. Tetapi, silalah guna sesuatu amalan yang paling asas, seperti kunjung-mengunjungi antara rumah pelbagai lapisan masayarakat. Kalau itu yang digambarkan, sangatlah afdal. Jangan suka buat lawak merapu seperti di bawah, memang tidak berbaloi.