Posts

Showing posts from April 7, 2006

Guru-Guru

PART I Che'gu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che'gu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengankat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che'gu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Man Tapah."Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah""Oh Che'gu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak." PART II Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Nasyor telahbertanya kpd murid²nya.Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga? Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Tapah lalu Che'gu Nasyor pun berkata,Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. ...