Posts

Showing posts from July 10, 2010

Resto Surabaya, Sunway With Ibu, Pak Mislan and Friends

Image
Sebelum Bapak Mislan dan Ibu Ayu pulang ke Surabaya, Indonesia. Kami sekawan telah pun merancang untuk membawa mereka makan. Bila, dimana dan dengan siapa yang patut kami bawa belum tau lagi. Tapi petang itu, selepas Ibadah Raya, kami nekad membawa mereka berdua menjamu selera di sebuah restoran Indonesia yang berada di Bandar Sunway. Pada mulanya, kami ingin ke Restoran Ayam Penyet, lokasi yang biasa kami kunjungi. Tetapi penulis terpandang sebuah restoran yang baru berdekatan dengan Restoran Ayam Penyet, selang beberapa kedai sahaja. Penulis mencadangkan kami makan di Resto Surabaya. Makanannya memang sedap-sedap belaka. Beza antara Resto Surabaya dan Ayam Penyet adalah rasa masakannya. Sajian yang kami nikmati lebih enak, kerana asal resepi Ayam Penyet memang datang dari Kepulauan Jawa dan bukan Batam. Makan-makan di Grace Senyum.. biarpun suasana restoran itu sedikit bingit. Ada kumpulan yang sedang membuat acara ulang tahun. kenapalah kami tak memilih untuk duduk di luar?? Sambil ...