Resto Surabaya, Sunway With Ibu, Pak Mislan and Friends
Sebelum Bapak Mislan dan Ibu Ayu pulang ke Surabaya, Indonesia. Kami sekawan telah pun merancang untuk membawa mereka makan. Bila, dimana dan dengan siapa yang patut kami bawa belum tau lagi. Tapi petang itu, selepas Ibadah Raya, kami nekad membawa mereka berdua menjamu selera di sebuah restoran Indonesia yang berada di Bandar Sunway.
Pada mulanya, kami ingin ke Restoran Ayam Penyet, lokasi yang biasa kami kunjungi. Tetapi penulis terpandang sebuah restoran yang baru berdekatan dengan Restoran Ayam Penyet, selang beberapa kedai sahaja. Penulis mencadangkan kami makan di Resto Surabaya.
Makanannya memang sedap-sedap belaka. Beza antara Resto Surabaya dan Ayam Penyet adalah rasa masakannya. Sajian yang kami nikmati lebih enak, kerana asal resepi Ayam Penyet memang datang dari Kepulauan Jawa dan bukan Batam.

Senyum.. biarpun suasana restoran itu sedikit bingit. Ada kumpulan yang sedang membuat acara ulang tahun. kenapalah kami tak memilih untuk duduk di luar??
Selepas selesai menikmati hidangan yang lazat, tibalah masa untuk pulang. Sewaktu berada di kawasab rumah Debbie, kami mengambil suatu sudut yang selesa untuk mendoakan Ibu Ayu dan Pak Mislan. Air mata setiap orang mengalir bagaikan air terjun, berderai.
"Pak Mislan dan Ibu Ayu bukan sahaja sahabat bagi kami, tetapi menjadi berkat buat kami. Tapi setiap pertemuan harus diakhiri dengan perpisahan. Kita mungkin berpisah secara fizikal, tetapi secara rohani kita tetap meyembah bapa yang satu. Tuhan sudah pun menyediakan yang terbaik buat Ibu dan Bapak. Ini masanya untuk anak-anak dan cucu-cucu," itulah sedikit ucapan penulis. Berderai air mata kerana mereka berdua adalah keluarga angkat yang begitu selesa untuk bergaul. Jujur.. mereka tak pernah membezakan setiap kami, seperti ibu dan bapa sendiri.
"Tak payahlah pindah-pindah dari rumah Bapa. Setia sahaja pada Tuhan, berkat pasti ada untuk anak-anakNya," luahan Ibu Ayu untuk 'anak-anaknya'. "Tapi ibu.....," keluh di dalam hati.

Ibu Ayu bersama jiran-jirannya... Foto kenangan
Mereka berangkat ke Surabaya menaiki pesawat AirAsia pada 10 Julai 2010, sebelah paginya. Dihantar oleh syarikat tempat mereka bekerja.
Resto Surabaya, Bandar Sunway (next to Ayam Penyet). For more info click here