Langkawi First Day - Kereta Kabel Langkawi

Pandangan menuju ke Stesen yang pertama
Peta Pulau Langkawi
Berbekalkan peta dan kereta sewa kami melangkahkan kaki ke Oriental Village sekitar 2 petang dari lokasi motel kami di Pantai Chenang. Macam biasalah, dengan kepakaran membaca peta, kami makan buah langsat. Habis lokasi dan ceruk rantau kami jelajah. Sebelum naik Kereta Kabel, kami ronda-ronda dulu di sekitar Oriental Village, saja nak menengok apa yang best sangat. Huh!! Tak berkenan langsung, sebab apa yang menarik pun cuma kedai-kedai menjual cendera hati  dan kereta dua fungsi yang mahal, sesuai untuk pelancong luar negara (darat dan air). Tapi sempat jugak beli cendera hati untuk kenangan, yang penting fish magnet. Menambahkan koleksi di rumah.

Pinjam dari Oriental Village website

Lokasi ke stesen kereta kabel taklah jauh sangat, boleh merayap kalau nak. Jalan kaki 5 minit je dah sampai. Di sebelah kiri dari kedudukan Oriental Village, itulah tempatnya. Dengan orang yang tak ramai, maka tak payah berebut dan beratur (tip: jangan datang time cuti sekolah). Berikut adalah nilai tiket untuk naik kereta kabel.

Return Trip from Base Station to Top Station

Ticket TypePrice
AdultRM30.00
ChildRM20.00
(i) MALAYSIAN with MyKad will enjoy special rate for the cable car ride. Please produce your MyKad before purchasing the ticket. Terms & conditions apply
Please take note that there is no refund, exchange or credit on cable car ticket.

Duration

The journey to the top of the mountain and vice versa will usually take about 15 minutes (excluding queuing time).

Sedikit Info Mengenai Kereta Kabel Langkawi
Kereta Kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut pulau Langkawi,Kedah, Malaysia. Kereta kabel ini mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di Switzerland.
Asalnya sistem pengurusan kereta kabel ini dikendalikan oleh Langkawi Cable Car. Namun kini, ia diselenggara dan diuruskan oleh Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), iaitu anak syarikat milik penuh Syarikat Prasarana Negara Berhad. Sistem pengangkutan kereta kabel ini dibina dari April 2001 hingga Ogos 2004. Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysian Book of Records.


Kereta Kabel Langkawi memang lebih tinggi dari Kereta Kabel Genting. Mungkin dua kali ganda. Sampai di tengah-tengah, angin pulak kuat.
Aku memang gayat dengan ketinggian. Aku duduk menghadap ke belakang gunung.
Habis pelusuk Langkawi dia tengok.. aku pulak dah pucat lesi
Pusing ke kanan dia pulak. Janganlah bergerak. Banyak sangat bergerak ni, sampai kereta kabel ni bergoyang
Pandang atas pulak...
Pandang bawah pulak...tekak aku dah mual. Jangan tengok bawah
Tengok atas pulak. Point pertama dah nak sampai
Pandangan dari point pertama. Belakang tu dah Airport Langkawi.. aku rasalah

Mengkagumi keindahan alam dengan angin sepoi-sepoi bahasa
Sebelah sanalah motel kita tu. Luasnya Pulau Langkawi
Tahan nafas. Hehehee!! Bapa aku jadi jurugambar. Tapi kena buat tutorial dulu  mcm  mana nak guna kamera
Atas gunung tu memang sejuk. Tapi taklah sesejuk atas Genting
Yang atas tulah, point yang tertinggi dan terakhir
Heheehe... kite sama2 orang bujang. Yang belakang tu lawa kan?

Bersiap untuk naik kereta kabel ke lokasi terakhir
Pemandangan point pertama. Orang memang tak ramai.
700 meter dari paras laut. Ni dah di point kedua
My dad siap buat laporan ke kakak aku. "Saya sedang bercakap dari  atas gunung ni."  Kakak aku cuma upaya cakap jeleslah...
Pemandangan point pertama daripada point kedua. Jauh jugaklah
Makin kecik jadinya rumah-rumah di bawah tu
Point kedua lebih besar dan luas
Sebelum naik, kita pose dululah...
Kita berkesempatan tengok laut dari paras ni. Memang lawa
Cuaca mula nak hujan
Kabus
My dad kat atas. Walaupun dia sudah 72 tahun, dia tetap gagah dari aku..
Sayang bridge ni kita tak dapat pergi sebab under maintenance. Nilah tempat yang paling best sebenarnya

Dari aras tertinggi ni, point pertama makin kecik pulak. Cadangan nak buat rumah sebuah kat sini
Dah balk point pertama, sambil memperhatikan pergerakkan kereta kabel dan menikmati udara yang  bersih
Janji dia puas, aku pun puas
Pengalaman ke Gunung Mat Chinchang mengguna kereta kabel Langkawi memang best! Rasa nak buat rumah atas tu.

Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)

The Truth About Rhea Arella ; The Journey of An Amazing Worshipper