Posts

Showing posts from August 6, 2009

Langkap, Perak (July 31 - 1 August 09)

Image
H ampir seminggu berlalu, tetapi memori di Kampung Palawan, Langkap, Perak masih membuai perasaan. Jumaat lepas, aku bersama segerombolan anak muda dan pemimpin-pemimpin SYC (22 orang) menjelajah rantau yang belum kami kunjungi. Muda-mudi mengajukan pertanyaan yang kami sendiri tak mampu menjawab, Tempat tu best tak?, jauh lagi tak? Macam mana tempat tu? Kami cuma tersenyum dan menggelengkan kepala. Kami pun tak pernah ke sana. Langkap, Perak terasa amat terasing buat aku. Dulu aku sering ke kampung Orang Asli di Bentong, Pahang, tetapi di Perak ni, kami sendiri tak dapat mengagak. Perancangan telah diatur beberapa minggu lamanya. Teman aku, Andy mengajak aku untuk turut serta, tapi aku sedikit keberatan. Yalah.. aku tak nak kedatangan aku menjadi isu, tetamu tak diundang. Namun, setelah pujuk rayu (hehehe), aku bersetuju. Seminggu sebelum kejadian, kami dikumpulkan untuk memaklumkan perkembangan program. Kami dimaklumkan untuk berpuasa dan berdoa pada hari sebelum kejadian. Seronok