Langkap, Perak (July 31 - 1 August 09)

Hampir seminggu berlalu, tetapi memori di Kampung Palawan, Langkap, Perak masih membuai perasaan. Jumaat lepas, aku bersama segerombolan anak muda dan pemimpin-pemimpin SYC (22 orang) menjelajah rantau yang belum kami kunjungi. Muda-mudi mengajukan pertanyaan yang kami sendiri tak mampu menjawab, Tempat tu best tak?, jauh lagi tak? Macam mana tempat tu? Kami cuma tersenyum dan menggelengkan kepala. Kami pun tak pernah ke sana. Langkap, Perak terasa amat terasing buat aku. Dulu aku sering ke kampung Orang Asli di Bentong, Pahang, tetapi di Perak ni, kami sendiri tak dapat mengagak.

Perancangan telah diatur beberapa minggu lamanya. Teman aku, Andy mengajak aku untuk turut serta, tapi aku sedikit keberatan. Yalah.. aku tak nak kedatangan aku menjadi isu, tetamu tak diundang. Namun, setelah pujuk rayu (hehehe), aku bersetuju.

Seminggu sebelum kejadian, kami dikumpulkan untuk memaklumkan perkembangan program. Kami dimaklumkan untuk berpuasa dan berdoa pada hari sebelum kejadian. Seronok berpuasa, aku mengambil langkah untuk berpuasa penuh, maksudnya puasa tanpa makan daripada pagi, no breakfast and lunch or tea break ok!! Aku juga bersetuju untuk menyediakan makanan untuk sarapan Jumaat dan pagi Sabtu. Tak apa, untuk anak-anak muda, apalah sangat meehon dan bread.

Malam Jumaat (July 30, 2009), setalah tamat waktu bekerja, aku membawa diri ke TESCO Extra untuk mencari bahan untuk memasak keesokkan paginya. Di TESCO Extra juga aku membeli makanan untuk berbuka pada pukul 8 malam. Kebetulan minggu tu UiTM ditutup kerana H1N1. Malam tu kami makan bersama dengan rasa kesyukuran kami kerana sepanjang hari tu, kami tidak merasa letih. Selesai makan, kami mulai dengan doa. Doa pemberkatan, perlindungan, kesihatan, ketenangan dan yang penting kesatuan.

Malam tu aku tidur sedikit lewat, sebab aku tak nak terlewat bangun, ataupun terkocoh-kocoh menyediakan bahan-bahan waktu pagi. Meehon aku rendam, udang aku rebus supaya cepat masak, telur aku goreng, segala rencah aku campurkan dalam meehon. Peralatan untuk dibawa juga aku kemaskan. Pukul 3 pagi aku terus tidur dalam kepenatan, dengan harapan aku dapat bangkit dari tidur seawal mungkin. Loceng dipasang pada pukul 6 pagi.

kenapa jam aku tak berbunyi ni? Aku berfikir kenapa jam bangun tak berbunyi. Mungkin belum lagi kot. Tak puas hati aku bangun juga, dan jam sudah pun pukul 7.15 pagi. Dengan kepakaran aku, aku memasak meehon dengan kadar cepat dan siap pukul 8.00 pagi. Tangan aku pun rasa nak 'patah' memasak meehoon. Aku bersyukur mereka memuji keenakkan masakkan aku. Puas hatilah!!

Kami berangkat ke rumah Ps Perry, sementara Andy dan Henry ke Petaling Jaya untuk menjemput Isaura yang menuntut di Bible College Malaysia. Kami berangkat dari rumah Ps Perry sekitar 10.30 pagi dan semua bersemangat untuk menempuhi cabaran yang tersedia bagi kami.

Kepenatan dalam perjalanan kami berhenti di perhentian untuk urusan peribadi, buang apa yang patutlah. Kemudian kami tiba di Bidor untuk makan tengahari, sekitar 1 petang, mungkin. Baru aku tahu makanan orang Perak memang sedap. Sekali lagi sedap!!

Selesai menjamah selera kami berangkat menuju destinasi yang dirancang. Jam di tangan menunjukkan pukul 3 petang. Akhirnya kami sampai ke Kampung Palawan, Langkap, Perak. Kampung yang didiami majoriti suku Semai beserta Pastor Tan dan Bro. Ramasamy, rata-rata beragama Kristian (lebih daripada 10 tahun) Kami merasakan begitu terharu dengan keramahan masyarakat Kampung Palawan yang menerima kedatangan kami, anak-anak muda. Ps. Tan tersenyum gembira menyambut kami sambil Isaura memperkenalkan kami kepadanya.

Kami ditempatkan di sebuah gereja, milik penghuni kampung tersebut. Dan kami dimaklumkan kebaktian akan bermula pada pukul 7.30 malam dan kami akan memimpin jemaat dengan pujian dan penyembahan. Tercengang kami, kerana tidak bersedia. Tetapi dengan pimpinan Tuhan, kami yakin boleh.

Sementara mereka berehat, aku mengambil kesempatan menjelajahi kampung tersebut dan mengajak yang lain untuk turut serta. Bila aku ingin menyapa mereka, mereka sudah mengangkat kaki seribu meninggalkan aku. Begitulah sifat Orang asli, sangat pemalu. Teringat dengan sikap aku dahulu, terlalu pemalu. Aku menyapa anak-anak yang sibuk bermain di bawah pokok. Pada mulanya mereka bertempiaran lari, tetapi aku mencuba lagi kerana merka ini perlu didampingi dengan cara lembut. Akhirnya tembok pemalu mereka dapat dipecahkan. Mereka memperkenalkan diri sebagai Amos, Thomas, Sakina, Amy, dll. Umur mereka terdiri daripada 4 sehingga 11 tahun. Aku bertanyakan perkara-perkara simple, seperti, sekolah di mana, umur berapa, tahun berapa. Aku pun dengan tenang bertanya di manakah tempat mereka selalu bermain. Mereka mulai bercerita tempat-tempat bermain mereka, sungai. Aku meminta mereka untuk membawa aku ke sungai dan mereka bersetuju dengan permintaan aku. Aku membawa teman-teman yang lain. Amos dan Thomas begitu bersemangat menunjukkan kehebatan mereka di sungai kepada kami.

Banyak lagi akan aku ceritakan dan kongsikan buat pembaca, betapa Yesus menyertai rombongan kami. Chow!!


Ragam anak-anak muda. Aku seronok membimbing mereka dan melihat mereka bertumbuh dengan potensi yang menakjubkan

Amos (hadapan), Thomas (belakang) & adik Amos tersenyum memperkenalkan diri

Amos & Thomas menunjukkan skil masing 2 di sungai

Hebat anak2 suku Semai ini. Mereka mencipta jentolak mainan yang diperbuat daripada kayu dan tin. Orang bandar kalau tak Toy R Us, tak boleh...

Getah yang dikeringkan untuk dijual. Pakcik ini ligat bercerita dengan aku

Sepanjang 2 hari 1 malam kami begitu diberkati oleh Ps. Tan yang membelanja kami makan di Pekan Langkap. Memang sedap.....

Sebelum ibadah. Mereka begitu setia menunggu

Bertekun di dalam doa... humble me , O Lord!!

Nilah mereka yang belum mandi. Selepas ibadah pegi makan pulak. Bau....

Anak-anak beratur untuk sukaneka.. comelkan!!

Thomas tersenyum biarpun muka penuh tepung...

Aku memujuk anak ini sebab tewas meniup tepung dalam pinggan kertas. Aku berikanlah gula2 tu

Mereka berdoa untuk kampung mereka... Amazing

Si Rex berposing dalam pokok.. cantik jugak view ni

Sungai Kuala Woh.. memang cantik. Ada air panas lagi

Perjalanan pulang ke Shah Alam kami berhenti di R n R Tapah untuk makan

Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)

The Truth About Rhea Arella ; The Journey of An Amazing Worshipper