Posts

Showing posts from October 6, 2009

Rain Down Concert (September 26, 2009)

Image
Acara muda-mudi yang sangat best.. bukan kerana komposisi muzik yang hebat, mahupun persembahan yang bertenaga oleh muda-mudi tetapi pekerjaan Roh Kudus yang dasyat. Urapan-Nya turun umpama aliran air terjun yang indah membasahi anak-anak muda yang rindu dan dahaga akan urapan Tuhan. Pujian & Penyembahan yang dipimpin oleh Sister Noni dan teamnya Konsert yang dimulakan oleh Team Pujian & Penyembahan Gereja Grace Shah Alam yang memimpin jemaat dengan enam buah lagu dengan lagu-lagu yang sungguh memberkati. Segala persiapan yang dilakukan sebelum konsert tersebut sangat berbaloi ditambah lagi dengan pekerjaan Tuhan yang menggenapi firman-Nya, bahawa Dia ingin memberikan annointing yang baru dan merasakan perhubungan intim bersama dengan-Nya. Sesungguhnya kami yang menjaga Media juga turut merasakan betapa indahnya pekerjaan Tuhan. Ada yang mendapatkan visi, menangis dan nubuatan. Malah ada yang tidak dapat menahan aliran Roh Kudus sehingga berlutut di lantai. Hebat!! Muda-mudi R