Posts

Showing posts from April 30, 2010

Crazy Heart Review

Image
Filem ini diadaptasi daripada novel yang ditulis oleh Thomas Cobb pada tahun 1987. Dengan tajuk yang sama pengarah dan penulis layar, Scott Cooper bertanggungjawab mengangkat genre musical-drama ke layar perak. Jeff Bridges yang memeran watak Bad Blake, seorang penyanyi dan penulis lirik muzik country yang mengalami zaman kejatuhannya. Namun setelah berjumpa dengan seorang wartawan muda, Jean (Maggie Gyllenhaal ; The Dark Knight, Nanny McPhee and the Big Bang), Bad ingin memulihkan hidupnya yang menghadapi pelbagai masalah; ketagihan arak, perokok tegar, kanser, show yang semakin berkurangan, masalah disiplin, masalah kewangan dan juga ingin diterima oleh anak lelakinya yang telah ditinggalkan sejak berusia 4 tahun. Akhirnya, setelah mengalami peristiwa kehilangan anak lelaki Jean (Jack Nation), Bad mengalami tamparan yang cukup hebat yang menyebabkan Jean meninggalkannya. Bad terdetik untuk menyertai program pemulihan tetapi terlambat kerana setelah beliau pulih, Jean sudahpun mengah