Posts

Showing posts from November 18, 2008

Tanah Perjanjian (Bahagian 1)

Image
Tanah Perjanjian (Bahagian 1) Dalam filem City Slickers, Billy Crystal memainkan watak sebagai seorang lelaki yang semakin tua, dan visi masa depan kerjayanya kurang jelas. Peluang untuk berkembang dalam kerjayanya dirasakan seperti terhambat momentumnya. Wataknya Billly Crystal merasa sangat sedih kerana rambutnya tumbuh lebat menutupi telinga, namun rambut di kepala semakin menipis. Dia mencari langkah selanjutnya dalam kehidupan, dengan mengembara menggunakan kereta seperti dunia cowboy. Itulah yang terjadi di dalam kehidupan setiap orang. Desakan untuk bertukar pekerjaan terjadi atas pelbagai alasan, tidak kira usia apa pun kita. Tetapi desakan tersebut lebih hebat apabila usia kita berada di lingkungan 32 hingga 42 tahun. Adakah ini dinamaKan sebagai krisis pertengahan usia (mid-life crisis) atau keinginan yang bersifat fantasi untuk membawa kita jauh daripada rencana-NYA? Ramai diantara kita sering menyatakan bahawa kehidupan kita sedang berlalu pantas, banyak keperluan kita