Tanah Perjanjian (Bahagian 1)

Tanah Perjanjian (Bahagian 1)

Dalam filem City Slickers, Billy Crystal memainkan watak sebagai seorang lelaki yang semakin tua, dan visi masa depan kerjayanya kurang jelas. Peluang untuk berkembang dalam kerjayanya dirasakan seperti terhambat momentumnya. Wataknya Billly Crystal merasa sangat sedih kerana rambutnya tumbuh lebat menutupi telinga, namun rambut di kepala semakin menipis. Dia mencari langkah selanjutnya dalam kehidupan, dengan mengembara menggunakan kereta seperti dunia cowboy. Itulah yang terjadi di dalam kehidupan setiap orang.

Desakan untuk bertukar pekerjaan terjadi atas pelbagai alasan, tidak kira usia apa pun kita. Tetapi desakan tersebut lebih hebat apabila usia kita berada di lingkungan 32 hingga 42 tahun. Adakah ini dinamaKan sebagai krisis pertengahan usia (mid-life crisis) atau keinginan yang bersifat fantasi untuk membawa kita jauh daripada rencana-NYA? Ramai diantara kita sering menyatakan bahawa kehidupan kita sedang berlalu pantas, banyak keperluan kita perlu dipenuhkan sebelum usia semakin lanjut. Kita menginginkan kesenangan di dalam kerjaya atau kehidupan kita. Kita menjadi takut sekiranya peluang di hapadan kita yang tampak indah, hilang! Entah mungkin itu peluang yang terakhir. Ada yang sanggup melompat di dalam situasi baru, dan ada yang takut untuk melakukan perubahan. Dan kadang-kadang kedua-duanya adalah salah.

Anda di mana?

Buku tulisan Paul Tomlison bertajuk, “Bebas dari konflik : pedoman untuk tetap bergairah di tempat kerja” menyatakan bahawa kita sedang berada di situasi seperti umat Israel yang di Mesir.

Bangsa Israel adalah bangsa yang tertindas di Mesir. Keadaan yang mendesak mendorong mereka nekad untuk keluar daripada Mesir, biar apa pun sekali terjadi. Sebagai bangsa yang tertindas, marah, gelisah, mereka bersedia untuk lari daripada Mesir dengan cara apa sekali pun. Tetapi Tuhan mempunyai caraNYA tersendiri untuk membawa mereka keluar daripada Mesir. Iaitu, dengan cara yang memuliakan Dia dan membuat umat-NYA pergi dengan kemuliaan dan bekal yang cukup.

Andrew adalah seorang usahawan yang pernah berpindah tempat kerja sebanyak dua kali berdasarkan dorongan hati. Pekerjaan yang pertama, tidak memuaskan langsung. Dia hanya mampu bertahan selama 9 bulan. Pekerjaan keduanya digambarkan lebih baik sedikit. Dia tidak mempunyai sebarang perancangan, dan tidak berdoa untuk perpindahannya. Tujuan Andrew melompat daripada satu pekerjaan ke satu pekerjaan adalah untuk melarikan diri. Namun akhirnya, dia terjerat dalam konflik dan ketidakbahagian yang lebih dalam. Akhirnya Andrew menghadapi derita depresi. Inilah yang dikatakan “Mesir” rohani oleh penulis.

Apakah situasi kita sekarang? Adakah keghairahan kita dalam pekerjaan, pelayanan, pelajaran dan kehidupan semakin berkurang? Adakah kita sebenarnya terperangkap di dalam keindahan yang bersifat sementara? Tuhan akan menyingkapkan suatu rencana pembebasan buat setiap kita yang berada di dalam situasi tersebut. Hal ini memerlukan perancangan dan persiapan untuk melangkah, walaupun tidak selalu sesuai dengan rancangan kita. Atau mungkin DIA akan mengutuskan sebuah pekerjaan yang lebih bagus di hadapan kita (lebih baik daripada yang kita rancangkan), ataupun rencana-NYA adalah untuk memberikan kita kekuatan untuk bertahan lebih lama dalam situasi sekarang? Haruslah diingatkan bahawa kita boleh tenang kerana keyakinan kita kepada DIa yang sedang mempersiapkan jalan keluar.


Sumber : Paul Tomlison bertajuk, “Bebas dari konflik : pedoman untuk tetap bergairah di tempat kerja”

Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)

The Truth About Rhea Arella ; The Journey of An Amazing Worshipper