Posts

Showing posts from April 28, 2010

Go-Blog Barracuda

Image
Salah satu rutin setiap pagi apabila berada ditempat kerja adalah membaca blog-blog. Sebagai penggiat mahupun penulis blog kontemporari, penulis gemar sekali membaca blog-blog yang ditulis oleh rakan-rakan dan beberapa blog yang lain. Blog-blog pelbagai tema menjadi santapan setiap pagi. Tidak kiralah yang mengangkat tema hiburan, teknologi, kerohanian ataupun peribadi. Sewaktu penulis cuba untuk melayar blog ini www.andysaedah.com , penulis merasa sedikit keliru apabila blog tersebut dikategorikan sebagai PORN (lucah). Sejak bilalah pulak beliau menjadi pengusaha lawan web lucah? Siapalah pulak yang menjadi model bagi blog beliau? Ganaskah aksi-aksi yang dipaparkan di dalam blog ini? Ataupun perlukan penulis 'berdoa' bagi beliau? ish 300 kali... Sila double klik pada imej untuk dibesarkan setelah ditapis oleh sistem penapisan (filter) Barracuda Jangan terkejut, dengan menggunakan sistem Barracuda yang canggih ini, spam yang 'menghentam' blog anda juga boleh menyebabkan