Go-Blog Barracuda

Salah satu rutin setiap pagi apabila berada ditempat kerja adalah membaca blog-blog. Sebagai penggiat mahupun penulis blog kontemporari, penulis gemar sekali membaca blog-blog yang ditulis oleh rakan-rakan dan beberapa blog yang lain. Blog-blog pelbagai tema menjadi santapan setiap pagi. Tidak kiralah yang mengangkat tema hiburan, teknologi, kerohanian ataupun peribadi.

Sewaktu penulis cuba untuk melayar blog ini www.andysaedah.com, penulis merasa sedikit keliru apabila blog tersebut dikategorikan sebagai PORN (lucah). Sejak bilalah pulak beliau menjadi pengusaha lawan web lucah? Siapalah pulak yang menjadi model bagi blog beliau? Ganaskah aksi-aksi yang dipaparkan di dalam blog ini? Ataupun perlukan penulis 'berdoa' bagi beliau? ish 300 kali...


Sila double klik pada imej untuk dibesarkan


setelah ditapis oleh sistem penapisan (filter) Barracuda

Jangan terkejut, dengan menggunakan sistem Barracuda yang canggih ini, spam yang 'menghentam' blog anda juga boleh menyebabkan blog anda dikategorikan sebagai PORN. Bukan itu saja, kata kekunci (keyword) seperti Facebook, Friendster, Myspace dan sealiran dengannya akan diblok daripada view mahupun browsing kerana disifatkan sebagai social networking mahupun jaringan sosial.

Sebagai seorang Cataloguer ataupun perpustakawan profesional, keadaan ini amat merumitkan, apabila pengguna mungkin akan mencari bahan-bahan bacaan berkaitan kata kekunci tersebut. Kami tidak dapat membantu anda kerana semua itu telah diblok. GO-Blog..........

Begitulah hakikatnya dan mungkin penulis sendiri tidak dapat mengakses blog sendiri kerna tertera perkataan Facebook pada posting kali ini. Sekali lagi GO-Blog.......

Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

PRAY FOR THE HEALING WATERS

Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)