Posts

Showing posts from August 26, 2008

SELAMAT KEMERDEKAAN YANG KE-51

Image
SELAMAT KEMERDEKAAN YANG KE-51 Tema hari kemerdekaan bagi tahun 2008 ialah Perpaduan Teras Kejayaan . Jika berminat untuk mengetahui tema-tema sebelumnya bolehlah pergi ke Tema Hari Kemerdekaan yang lalu. Di bawah ini dipaparkan logo sambutan ulangtahun kemerdekaan bagi tahun ini yang merupakan yang ke 51. Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”. 3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara. 3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan. Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Ber

KONSERT GEGAR U II

Image
KONSERT GEGAR U II Linda, Ivy & Me Crowd!! Main Stage...Opening speech!! Hosted by Dynas and Ikram Dinzly Konsert Gegar U II diadakan di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, pada sabtu lepas (23/08/08). Gegar U adalah sebuah rancangan realiti yang disiarkan di ASTRO Ria. Program tersebut adalah wacana Kelab Penyayang yang dinaungi oleh Puan Nori Abdullah dengan harapan untuk memupuk semangat penyayang masyarakat khususnya belia diperingkat universiti. Terdapat empat buah pasukan yang mewakili universiti masing-masing telah melibatkan diri menjalani pelbagai ekpedisi yang mencabar tetapi dengan motif untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan. Empat destinasi telah dipilih dan setiap destinasi menyediakan tugasan-tugasan yang berjalurkan cabaran, kerja amal dan membantu mereka yang tidak berkemampuan dengan membantu mereka di dalam kehidupan seharian mereka. Setiap negeri menyediakan 2 keluarga dengan cabaran yang berbeza. There is no winner in this program,