KONSERT GEGAR U II

KONSERT GEGAR U II

Linda, Ivy & Me


Crowd!!


Main Stage...Opening speech!!


Hosted by Dynas and Ikram Dinzly

Konsert Gegar U II diadakan di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, pada sabtu lepas (23/08/08). Gegar U adalah sebuah rancangan realiti yang disiarkan di ASTRO Ria. Program tersebut adalah wacana Kelab Penyayang yang dinaungi oleh Puan Nori Abdullah dengan harapan untuk memupuk semangat penyayang masyarakat khususnya belia diperingkat universiti. Terdapat empat buah pasukan yang mewakili universiti masing-masing telah melibatkan diri menjalani pelbagai ekpedisi yang mencabar tetapi dengan motif untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Empat destinasi telah dipilih dan setiap destinasi menyediakan tugasan-tugasan yang berjalurkan cabaran, kerja amal dan membantu mereka yang tidak berkemampuan dengan membantu mereka di dalam kehidupan seharian mereka. Setiap negeri menyediakan 2 keluarga dengan cabaran yang berbeza. There is no winner in this program, only with the motive to nourish the younger generation with responsibility and help other in any circumstances.

Program diserikan lagi dengan persembahan artis-artis tempatan, antaranya; Datuk Siti Nurhaliza, Adam AF, Jaclyn Victor, Din Beramboi (melawak time iklan) etc. Hos bagi program tersebut adalah Dynas (Susuk) dan Ikram Dinzly. Selain nyanyian, persembahan paluan gendang oleh etnik Melayu, Cina, Tamil dan Sikh, memang superb! Persembahan seni mempertahankan diri juga turut dipersembahkan; silat, silambam, wu shu, etc.

Acara tersebut adalah siaran rakaman yang akan disiarkan di ASTRO RIA pada 24/08/08, 10.00 mlm. Dewan memang dipenuhi dengan penonton dan kami terpaksa berdiri di tangga tingkat atas. Kehadiran kami memang tidak dirancang untuk menonton acara ini, saya cuma tahu akan kewujudan program ini pada pukul 7.40 setelah diajak oleh team leader, Alfons. Rombongan yang disertai oleh Ivy, Cleo, Linda, Tatum n Alfons, pulang dengan badan yang penat.

Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

PRAY FOR THE HEALING WATERS

Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)