Posts

Showing posts from July 14, 2009

Building High Performance Team - (July 10-12, 2009) Day 1

Image
2 Julai lepas aku dapat emel daripada HR yang mengatakan aku telah dipilih untuk menyertai program 'Building High Performance Team' yang dianjurkan di Casa Rachado, Port Dickson. Program tersebut akan diadakan selama 3 hari bermula pada 10 Julai sehingga 12 Julai. Aku sebenarnya agak malas nak ikut serta dengan program ni, bukan apa, kelas aku dah bermula pada 6 Julai dan pada hari Jumaat pulak aku ada temujanji pertama dengan penyelia bagi penyelidikan aku. Hari Ahad, 12 Julai pula, aku harus bertugas untuk kaunter perpustakaan dan aku tak boleh tinggalkan sebab musim peperiksaan semester Mei dah bermula pada 13 Julai. Sabtu, 11 Julai aku ada temujanji dengan mentor aku, ex-manager aku dulu di Damansara Utama, Kak Nor Azlida, saja nak bincang mengenai contact untuk penyelidikan aku. Aduh.. cemas aku memikirkan semua benda berlaku serentak. Tapi pada dasarnya aku tak nak ikut program tu. Kalau aku ikut, mesti aku kena sediakan peralatan yang aku tak ada... duit dan ringgitlah m