Building High Performance Team - (July 10-12, 2009) Day 1

2 Julai lepas aku dapat emel daripada HR yang mengatakan aku telah dipilih untuk menyertai program 'Building High Performance Team' yang dianjurkan di Casa Rachado, Port Dickson. Program tersebut akan diadakan selama 3 hari bermula pada 10 Julai sehingga 12 Julai. Aku sebenarnya agak malas nak ikut serta dengan program ni, bukan apa, kelas aku dah bermula pada 6 Julai dan pada hari Jumaat pulak aku ada temujanji pertama dengan penyelia bagi penyelidikan aku. Hari Ahad, 12 Julai pula, aku harus bertugas untuk kaunter perpustakaan dan aku tak boleh tinggalkan sebab musim peperiksaan semester Mei dah bermula pada 13 Julai. Sabtu, 11 Julai aku ada temujanji dengan mentor aku, ex-manager aku dulu di Damansara Utama, Kak Nor Azlida, saja nak bincang mengenai contact untuk penyelidikan aku. Aduh.. cemas aku memikirkan semua benda berlaku serentak. Tapi pada dasarnya aku tak nak ikut program tu. Kalau aku ikut, mesti aku kena sediakan peralatan yang aku tak ada... duit dan ringgitlah menjadi mangsa...

Aku mulai mengirimkan emel kepada HR mengatakan aku tak dapat datang atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Lagi pun notis yang diberikan sangatlah pendek, menyebabkan aku kelam kabut mencari pengganti untuk tugasan pada 12 Julai. Paham-paham jelah bila jadual bertugas keluar, kami dah biasa aturkan perubahan atas suka sama suka sebulan sebelum kejadian. Semua pegawai tak dapat disebabkan komitmen masing-masing yang bekeluarga dan ada juga yang turut serta untuk program tersebut. Aku cuba lagi dengan pekerja sokongan.. pun tak dapat. Akhirnya aku mengambil tindakkan untuk berbincang dengan Ketua, menyatakan sebab yang sebenar aku tak dapat ikut dan memberitahu respon yang diberikan oleh HR kepada permintaan aku. Aku tak nak membelakangkan Ketua, sebab kalau aku tak ikut pun Ketua aku juga yang akan dipersoalkan. Akhirnya pukul 9.00 mlm (11 Julai) aku terima sms, mengatakan aku harus ikut juga.... huhuhuhuuuu!!!! Nak marah pun salah, terpaksa atas nama tanggungjawab dan kepercayaan.

Aku dengan pantas ke TESCO Extra, Shah Alam, selepas kelas tamat dan shopping mengikut kemampuan aku dan call Tatum untuk 'menyewa' beg. Arghh.. aku belum packing lagi... How I hate last minute punya hal. Pukul 3 pagi baru aku settle packing, membasuh baju, mengemas apa yang patut, dsb. Pukul 6.30 pg kena bangun lagi, bersiap untuk ke kerja. Aku pakat guna baju biasa, sebab pukul 2.30 ptg aku kena bertolak ke Port Dickson. Argh... huhuhuhuuuu






Kelengkapan yang aku beli.. last minute style

Menunggu semua peserta datang

Dalam bas yang mewah...

Bas berhenti di luar pekarangan resort

Sempat lagi posing depan pintu masuk Casa Rachado

Pendaftaran & pembahagian bilik peserta

Angkat beg pun boleh senyum lagi... Jalan menuju bilik masing-masing

Nilah bilik kami.. tapi view untuk ruang tamulah

Outside view from our room

Everybody sitting with someone they knew

Book written by Shamsul Abdul

Shamsul (Sean) Abdul, establish fitness instructor & motivator from KaryaCom

Tengah pikiag pasai tunang tunang ka? Si Tajul mengalamun jauh.. Kak Suriya & Marina sembang sakan

Guys who know how to have fun... playing water polo

Human Resource Manager, Mr Azahar.. the macho man

Si Akmal tu tunjuk kat sapa?

Kak Farah tergelak sakan...

Group CARGAS.. kaki lawak & peminat misteri nusantara. Jumpa juga orang Sarawak.. Azami & Shekin

Group CARABINER... SEMANGAT!!
Belakang : Farah Zainal, Zakariya Masdari, Sandy, Aisyah, Suriya Mansor, Zul, Tajul Akmal, Marina Alwi Depan : Akulah

Group UNITE @ Persatuan Pekerja LRT

Group TEN BESTS

Nilah bendara kebangsaan CARABINER dengan motto, Together for Unity.. memang team yg power.. semua team player!!

Lepas group work, aku lepak kat cyber cafe layan Naruto & Bleach. Dah habis... time utk tidur pulak.. Good nite!! Two more days to got...

Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)

The Truth About Rhea Arella ; The Journey of An Amazing Worshipper