Posts

Showing posts from October 20, 2009

Najib Datang Rasmi (October 9, 2009)

Image
Tercapai jugak cita-cita nak jumpa dengan Perdana Menteri. Bukan senang nak berjumpa dengan pemimpin Nombor 1 Malaysia. Tetapi pada 9 Oktober yang lalu Nothing Is Impossible berkesempatan menatap wajah Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke-5. Biarpun tidak bersalaman (sapalah kita ni) tetapi menatap wajah beliau yang berseri-seri dari jarak 3 kaki, bagai mimpi yang tak ingin dikejutkan. Beliau yang merasmikan Universiti Tun Abdul Razak City Kampus yang turut dikenali sebagai UNIRAZAK berkenan untuk merasmikan Galeri Universiti Tun Abdul Razak yang didedikasikan kepada bapa beliau, iaitu Perdana Menteri Malaysia yang Ke-2, Tun Abdul Razak. Galeri yang terletak di Perpustakaan Tun Razak. Selain bersua muka dengan Perdana Menteri sempat juga menatap wajah beberapa orang tokoh terkenal negara seperti Tun Hajah Rahah (ibu Perdana Menteri), Tun Haji Ahmad Sarji & isteri, Dato' Sri Hishamuddin Tun Hussein , Datuk Khaled Noordin, serta bebarapa selebr