Posts

Showing posts from September 23, 2009

ExploGrace '09 (September 07, 2009)

Image
Tak pernah aku rasa terseksa berjalan kaki. Umpama pelarian yang terpaksa melarikan diri dari peperangan dan merempuh onak dan duri untuk sampai ke destinasi yang selamat. Bezanya kami tak pergi berperang dengan musuh disamping letupan bom, peluru sesat, kereta kebal, kapal terbang dan yang sewaktu dengannya.

Perjalanan yang sangat panjang dan tanpa disangka-sangka kami berjaya menempuh kesukaran tersebut. Kalau ada pengalaman lain yang hebat tak sehebat pengalaman yang satu ni. Mana tak hebat kalau terpaksa berjalan kaki semata-mata untuk berjimat. Niat dalam hati memang nak menang, tapi suratan takdir (ayat..) yang menentukan kami untuk menerima hakikat.Sebelum hari kejadian, Nothing Is Impossible mengusik penganjur dengan mendaftarkan diri untuk ikut serta menjadi peserta. Dalam hati, "Malaslah aku nak join." (Jangan marah penganjur). Ehem ehem... aku melantik diri menjadi photographer yang tak bertauliah. Saja-saja untuk mendapatkan bahan untuk 'santapan' pembaca.