ExploGrace '09 (September 07, 2009)

Tak pernah aku rasa terseksa berjalan kaki. Umpama pelarian yang terpaksa melarikan diri dari peperangan dan merempuh onak dan duri untuk sampai ke destinasi yang selamat. Bezanya kami tak pergi berperang dengan musuh disamping letupan bom, peluru sesat, kereta kebal, kapal terbang dan yang sewaktu dengannya.

Perjalanan yang sangat panjang dan tanpa disangka-sangka kami berjaya menempuh kesukaran tersebut. Kalau ada pengalaman lain yang hebat tak sehebat pengalaman yang satu ni. Mana tak hebat kalau terpaksa berjalan kaki semata-mata untuk berjimat. Niat dalam hati memang nak menang, tapi suratan takdir (ayat..) yang menentukan kami untuk menerima hakikat. Sebelum hari kejadian, Nothing Is Impossible mengusik penganjur dengan mendaftarkan diri untuk ikut serta menjadi peserta. Dalam hati, "Malaslah aku nak join." (Jangan marah penganjur). Ehem ehem... aku melantik diri menjadi photographer yang tak bertauliah. Saja-saja untuk mendapatkan bahan untuk 'santapan' pembaca.


Siapalah yang punya?

Dengan hanya berselipar Croc (tiruan), berseluar jeans, t-shirt berkolar dan beg galas warna purple aku datang lengkap sebagai tukang ambil gambar. Tiba di YOF sekitar jam 9 pagi, bersiap untuk mensnapkan pose yang menarik. Penganjur yang budiman memanggil aku untuk cabut undi bagi penentuan ahli kumpulan. "Aku tak joinlah," dengan muka tak berapa cute aku menolak halus. "Bukan awak kata... awak nak join," penganjur yang rupawan berkata. Padan muka!! Maka.. bermulah episod yang penuh kembara (adventure)

Taklimat ringkas sebelum bermula

Berry, Ernie, Cleopatra dan Nothing Is Impossible membentuk force yang mantap, menggelarkan diri "Team Nothing Is Impossible" (ironinya...) Cukup variasi kumpulan ini, kumpulan yang keempat daripada 4 buah pasukan (macam tau2kan Cleo!!). Ada yang comel, kecil, extra comel dan ayu. Pakej yang cukup lengkap.

Semua ni tengah bercerita...

Sebelum acara bermula, doa dan warming up dilakukan. House warming eh.. warming uplah!.. yang dilakukan oleh Dennis benar-benar membantu mencergas semua peserta yang telah lama pancit. "Kaki kanan pusing...!!" Dennis mengarah.

Pasukan Empat memasang strategi.. selaku ketua yang berdedikasi (ehem) memberikan taklimat yang ringkas. "Ok semua!! Saya nak kamu semua kalau ada idea, komen, cadangan, sila bagi tau. Saya bersikap terbuka dalam kepimpinan. Apa-apa keputusan, kita lakukan bersama.." (lebih kurang begitulah) Semangat team player di turunkan. Sebelum itu, setiap kumpulan diberikan wang tunai berjumlah RM45. Handphone, dompet dan mana-mana yang patut diserahkan kepada penganjur.

Kejam sungguh.. tak kesian betul dengan Cleo. Sebelum diserahkan.. sempat lagi menghantarkan pesanan kepada chenta, "Anang ngacau aku, aku ndak ulih sms enggau nuan. Sabar auk.. Aku lakukan demi cinta = Jangan ganggu aku, aku tak dapat layan sms kau. Sabar ya.. Aku lakukan semua ini demi cinta." (Ayat2 tersebut aku reka untuk mencantikkan plot cerita). Kami diberikan klu yang pertama.


Klu 1

Hi kawan-kawan kami sebenarnya teringin nak tengok perlawanan bola tapi sekarang kan musim puasa so mestilah tidak ada perlawanan kan. Kalau bukan musim puasa setiap hari Sabtu ada saja perlawanan dan lepas habis perlawanan mesti ada ramai yang membawa bendera Selangor. So, carilah kami di sana kami tengah bersantai-santai dekat situ saja... see you there.

Dalam kepala kami, jawapan bagi soalan di atas adalah : "Stadium Shah Alam, Seksyen 13." Aku mengarah
kan ahli untuk menunggu bas di PKNS. Cleo mencadangkan agar kami menunggu bas 625 (Bas RAPID KL) yang menuju ke destinasi tersebut. Setelah dipersetujui kami bergegas bergerak dan diikuti kumpulan Dennis. Manakala, kumpulan Ila dan kumpulan Roland bergerak pada arah yang bertentangan. Ke mana, entahlah mereka tu!?


Kumpulan 4 bergerak pantas. Dennis main ikut jak... Perut aku masa itu mengamuk. Kroh.. kroh..Tandas2 di mana kau tandas? Sesampainya kami di PKNS, "Kawan-kawan.. ada urgent call", sambil tangan menekan perut yang nak melepas... Kumpulan Dennis main ikut jugak orang ke tandas. Salvia separuh berteriak, "Jim.. kau ndak pegi mana tu?" Keempat-empat pun ikut aku dari belakang dan ahli aku pulak sedang menunggu di bus stop. "Aku sakit peruk nak berak pun korang ikut jugak," hati aku berkata dan menahan diri daripada ketawa, pertanyaan Salvia aku biarkan tak berjawab. Selesai hajat..keluar dari tandas saja, "Jim.. Jim.. cepat, cepat.. bas tu kami suruh tunggu," Cleo separa menjerit agar aku cepat bergerak. Dengan pantas kami berlari anak. Lega...

Kumpulan Roland & Ila bergerak ke arah lain

Dengan berjalan kaki ke PKNS, kumpulan Dennis dan kumpulan 4 tiba di perhentian bas yang betul-betul berhadapan dengan Bank Simpanan Nasional. Kami merancang untuk menggunakan mana-mana kenderaan awam yang menuju ke Stadium Shah Alam, Seksyen 13. Akhirnya, kami berjaya bergerak ke tempat yang dituju dengan menaiki bas RAPID KL 625 (RM1 seorang) Setibanya di perhentian bas berhadapan dengan Giant 13, kami berjalan kaki dan diselangi dengan larian anak ke perhentian yang pertama.

Kumpulan pertama sampai. Gembira kerana sampai dahulu... tapi mereka tak tau apakah cabaran yang sedang menanti mereka.

Kumpulan Ila pun tiba

Penganjur menyambut kami yang tercungap-cungap sesak nafas. Ingatkan disambut dengan minuman ataupun makanan yang sedap. Rupa-rupanya kekajaman (yang manja) bakal dilakukan ke atas kami. "Fresh oren yang diperah dengan penuh rasa chenta!!" itulah tanggapan kami yang pertama.

"Ok!! Untuk mendapatkan klu yang berikutnya, kamu harus minum telur ayam mentah ini sampai habis," Tatum senyum-senyum kambing mengarah kami. "Apa?! telur ayam mentah!!" teriak hati yang kecewa. Dengan semangat yang tidak ingin tewas, telur ayam mentah tersebut kami teguk. Gulp!! wuakkkk.. macam nak keluar lagi dari tekak. Sambil menelan... air mata seorang hero tetap keluar.


Telur ayam mentah

Perhatikan mimik muka Sis. Deborah. Itu baru reaksi mereka yang melihat, yang menikmati hidangan tu lagilah...

Bertha meneguk 'telur ayam mentah' yang berbau hanyir

Setelah selesai penyeksaan menelan telur ayam mentah, seketul batu-bata diberikan dan klu kedua pula diterima.


Setelah kami berjaya menghabiskan cabaran yang pertama. Kami diberikan 'hadiah' yang berupa seketul batu-bata yang harus pikul sepanjang cabaran ini. Tabik hormat harus Nothing Is Impossible berikan kepada Cleo yang tidak mengeluh sepanjang perjalanan aktiviti tersebut. Beilau gagah memikul batu tersebut. Syabas!!



Klu kedua diperolehi

Klu 2
Shalom SYC! Saya perlukan pertolongan anda. Saya mengalami masalah membuat kerja rumah kerana isteri dan anak saya tinggal berjauhan dengan saya sekarang. Rumah saya memang jauh tapi saya betul-betul memerlukan bantuan anda. Datanglah secepat mungkin!

Inilah antara cabaran yang kami rasa sedikit lucu. Setelah berjaya mengharungi cabaran pertama, kumpulan keempat bergegas ke perhentian bas yang berhadapan Giant 13. Sambil berlari-lari anak, kami sampai ke tempat yang dituju. Kami ingin bergerak ke Puncak Perdana yang mana kami rasa jawapan bagi klu diatas adalah "Rumah Pastor Perry". Anak mereka Jared sekarang berada di Marudi, Sarawak. Manakala, isteri beliau, Annie Wan pula berada di UPSI, Perak. Maka memang tidak dapat disangkal lagilah tekaan kami.

Pasukan Ila pun menyusul menghampiri kami. Tiba-tiba reaksi kumpulan Ila yang berada di telefon awam menarik minat kami. "Ini antara hidup dan mati. Kamu mesti datang jugak untuk ambil kami. Cepat-cepat, datang sekarang," begitulah bait-bait perbualan antara Florentina bersama dengan orang yang mereka hubungi.

Duit syiling mereka semakin habis, dek memujuk teman mereka yang sedikit keberatan berbuat demikian. Lalu kami memberikan tawaran untuk memberikan syiling kami, tetapi dengan syarat, kumpulan kami pun juga harus dibantu. Mereka tidak dapat menerima tawaran kami, kerana kereta milik orang yang mereka hubungi tidak dapat keluar kereta kerana diblok oleh kenderaan lain.


Akhir bas Bas RAPID KL 603 pun sampai. Dua kumpulan pun menaiki bas tersebut. Fikiran kumpulan kami pun melayang-layang memikirkan keadaan kumpulan lain. "Macam mana kumpulan Roland dapat sampai awal?" aku bertanya secara umum kepada rakan-rakan aku. Cleo menjawab, "Saya dengar mereka naik teksi untuk ke stadium. Mesti duit mereka tak akan cukup nanti. Masih banyak lagi cabaran ni."
Dalam perbualan kami yang semakin hangat, tidak terasa bas pun sampai di kawasan rumah Pastor Perry.

Sewaktu berlari-lari anak, kami terserempak dengan kumpulan yang kami bualkan tadi. "Eh.. macam mana kumpulan Roland boleh sampai? Mesti naik teksi ni." Mereka tersenyum memandang kami yang kehairanan. Nampaknya mereka telah berjaya menyelesaikan cabaran yang kedua. Kumpulan kami tiba dahulu di rumah Pastor Perry
dan disusuli oleh kumpulan Ila. Kami hampir tergelak tatkala membaca arahan yang diberikan oleh Ann.

Tugasan anda:Gotong-royong paksa rela 1. Mob semua lantai dalam rumah (termasuk tangga) 2. Cuci semua tandas dan bilik air (termasuk dinding)

Alangkah hebatnya cabaran ini sehingga kami telah 'dipergunakan'. "Wah.. ini betul-betul taking advantage," sambil mengejek dan tersenyum. Nothing Is Impossible pun membahagikan tugasan-tugasan kepada ahli kumpulan. Rumah tersebut kami sapu, mop dan tandas pula kami bersihkan. Harapan kami agar tidak ditinggalkan oleh kumpulan lain. Klu berikut kami terima setelah berjaya menyelesaikan cabaran yang diberikan.

Klu 3
Bestnya kami lepak di sini dapat tengok ikan dan kura-kura berenang. Lepas ni kami nak jalan kaki pergi PAS (Plaza Alam Sebtral) so datang la cepat-cepat tau. Kami berada di sebuah pondok sekarang ni. Jangan salah pondok tau!


"Alahai!! takkan kena patah balik ke Shah Alam? Harap-harap ada bas ke Shah Alam?" Selesai sahaja tugasan tadi, kami berlari selaju-lajunya kearah perhentian bas berdekatan. Kumpulan Ila kami tinggalkan. "Jangan sampai tertinggal bas sudahlah." Sampai sahaja di perhentian bas, kelibat bas yang dinanti pun tak nampak, hanya kumpulan Ila dan Kumpulan Dennis yang terkocoh-kocoh menghampiri kami. "Takda bas lagilah," kumpulan kami menyatakan dengan sedikit hampa. Dengan tidak diduga ahli kumpulan Ila mengambil inisiatif menahan kenderaan yang lalu, harap-harap ada yang akan menuju ke Shah Alam.

Pemandu kenderaan memerhatikan kami dengan rasa janggal. Mereka hanya memandu perlahan dan memerhatikan apa yang kami lakukan. Nothing Is Impossible berpakat dengan Kumpulan Ila untuk membuat pakatan yang kami panggil sebagai
Smart Partnership. Nothing Is Impossible mengeluarkan RM35.00 dan melambai-lambai kearah kenderaan yang lalu lalang. Tiba-tiba sebuah lori 3 tan berwarna merah berhenti. Pemandu Cina yang berusia separuh abad berkata,"Tak boleh angkat, nanti saya kena saman." "Takpa uncle, dua depan yang lain di belakang. Kami bayar uncle nanti."Nothing Is Impossible memberikan cadangan. "Tak boleh nanti saya kena saman," Uncle menolak cadangan Nothing Is Impossible. Sebelum itu, banyak kenderaan lain berhenti, termasuk sebuah lori yang dipandu oleh kelindan India. tetapi rata-rata mereka ke arah Kampung Melayu Subang.

Kami tidak patah semangat, mencuba sekali lagi. Sebuah avanza berwarna hijau cair berhenti. Seorang pemandu Cina dalam pertengahan 20-an berhenti. "Where you guys want to go?" "We wanted to go to the nearest bus station that heading to Shah Alam. Can you bring us there? At least the nearest location to Federal Highway, so we can take any public transportation to Shah Alam." "I am on my way to kampung Subang. I can drop you guys somewhere." Dalam telinga Nothing Is Impossible, pemandu Avanza tersebut ingin ke Subang. Maka gumbiralah hati beta sekian alam. "Oi.. kawan-kawan? Abang ni nak ke Subang, nanti kita naik bas ke Shah Alam. tapi cuma boleh ambil 8 orang sahaja." Kumplan keempat dan kumpulan Ila sahaja mampu dibawa.

Dalam perjalanan ke 'Subang', Nothing Is Impossible sempat berbual dengan pemandu yang sangat baik hati ini. "Where you from?" "I am coming from Batang Berjuntai and heading to my working place at Kampung Subang." Kampung Subang... gulp!!! Salah jalan sudah... "Is there any bus heading to Shah Alam from Kampung Subang? Is it far from here?"


Akhirnya kami tiba di Kampung Subang. "Ila!! Kita sudah salah jalan ni. Jom kita tanya pemandu bas tu."Bang, kalau nak ke Shah Alam ada tak bang?" Nothing Is Impossible pun bertanya."Abang yang dengan
slang Sabah tu pun berkata,"Bas ni tak ke Shah Alam. Tapi kalau nak yang paling dekatttt..... bas ni berhenti di Batu 10, dekat dengan tol Batu 3." "Jauh tak bang?" tanya dengan penuh risau. "Taklah jauh sangat.. 1 jam baru sampai" Dalam hati tu..."Saya nak pengsan dulu bang."

Tak puas hati Nothing Is Impossible pun bertanya pula denga pemandu teksi berhampiran,"Pakcik aklau nak ke Shah Alam berapa?""Kalau ikut meter, 20 je" "20 jer pakcik," hatiku berkata. "Adik berapa orang, bahagi-bahagilah?" "Takpalah bang!!" Pergi lagi ke kondukter bas yang budiman tadi,"Bang bila bas ni nak bergerak?" "Oooo.. setengah jam lagi" Atokoi... pengsan kali kedua...
Naik teksi jugalah kami, tapi minta dihantar ke tempat kami naik Avanza tadi. Kumpulan Ila terpaksa ditingglkan. Dengan tambang bernilai RM6, kami tiba semula ke tempat tadi. Sighhhh!!!

5 minit kemudian bas 603 pun sampai. Kami jugga terfikir bagiman nasib kumpulan lain khusunya kumpulan Ila yang terpaksa kami tinggalkan, kumpulan Dennis yang kami tinggalkan kerana tak cukup ruang. Bagimana dengan keadaan mereka semua?
RM1.90 setiap seorang, itulah nilai tiket untuk ke Shah Alam. Kami mengambil peluang untuk berehat dan berbincang mengenai keadaan kumpulan lain.

Sampainya kami di SIRIM, kami mulai memasang strategi dengan membaca klu yang telah diberikan. Otak ligat berfikir.. di manakah lokasi sebenar penganjur menunggu. banyak-banyak pondok, yang mana satukah pondok yang dijadikan sebagai tempat cabaran seterusnya. Satu-satu pondok kami pergi, bermula dengan pondok berhampiran Wet World. Manalah tau kalau ada yang menunggu di situ dan melihat kura-kura di akuarium. Tapi batang hidung pun tak nampak. Berjalan dan terus berjalan, penat badan memang Tuhan saja yang tau. Kami terus berjalan sehingga ke pondok yang berada betul-betul di belakang Plaza Alam sentral. Wah.. jauhnya kami berjalan sehingga mengelilingi Tasik Shah Alam yang besar tu.
Setibanya kami di sana, bukannya disambut dengan air sejuk yang mampu menghilangkan dahaga tetapi diberikan cabaran lagi. Dengan tercungap-cungap Nothing Is Impossible pun tak terlayan Grace dan Gabriel. Seperti di setiap perhentian kami sempat bertanya dengan penganjur, "Kami kumpulan yang ke berapa?" tak seorang pun sanggup menjawab. Sahlah tu...

Tugasan anda: Anda dikehendaki mencari 3 barang sekitar pondok ini. Barang yang perlu anda cari ialah 1 pensel KINDE/GIANT, 1 pembaris SYC dan 1 kertas yang mempunyai perkataan SYC. Selepas kamu mendapat tiga barang tersebut saya akan memberikan anda clue yang seterusnya.

Dengan kehebatan kuasa straw'Berry', kami dapat mengumpulkan benda-benda yang diminta dalam tempoh tidak sampai setengah jam. Hebatlah!!!

Klu 4
Kami sesat ni tolong cari kami. Rasanya tadi kami turun dekat dengan tempat yang ada banyak bus express. Ramai orang beli tiket balik kampong tadi. Entah macam mana la kami sesat sampai Jalan Katia 17/49. Clue anda dengan kami dan kami ada barang nak bagi dengan anda semua tapi ni sesat ni so kami tidak dapat bagi kamu, datanglah cari kami.

Untuk berjimat, kami berjalan kaki sehingga ke PKNS untuk mendapatkan teksi. Di dalam perjalanan ke perhentian teksi, kami singgah sebentar di sebuah kedai untuk membeli air. Tiba-tiba terdengar suara bertanya, "Bolehkah kita pegi beli nasi dulu, saya lapar ni?" Sayu hati saya mendengar permintaan tersebut. Tetapi Nothing Is Impossible terpaksa menolak pemintaan suara yang merayu tersebut. "Kita berpuasa sajalah," separa mendorong. "Ahh.. puasa.. laparnya ni...," rayu suara tu. "Saya paham.. tapi kita tak cukup duit," dengan sedih menjawab. "Kita kena teruskan juga... sebelum tu kita pegi mana-mana kedai beli air.. air sejuk," cadang Nothing Is Impossible kepada rakan-rakan. Air mineral 1.5 liter yang sejuk membasahi tekak yang sangat haus.

Kami terus mendapatkan teksi dan bergerak menuju terminal bas di Seksyen 17.
Dalam perjalanan menuju ke Seksyen 17, kami terserempak dengan Kumpulan Roland yang berjalan dari Seksyen 17 menuju ke Seksyen 18. Ke mana hala tuju mereka, kami sendiri tidak dapat meneka. Yang penting kami harus ke Terminal Bas Seksyen 17 bersama pemandu teksi yang tak tau di mana Jalan Katia 17/49, apalagi Seksyen 17. Ingatkan bila sampai di terminal tersebut, kami bolehlah bertanya dengan mereka yang berada di terminal tersebut lokasi Jalan Katia 17/49. Tetapi sebaliknya...

"Boleh tanya.. Jalan Katia 17/49 kat mana?" tanya Nothing Is Impossible dengan penuh sopan. "Ooooo... Akasia!! di Seksyen 18. Kalau awak naik teksi 6 ringgit saja. Saya boleh tunjuk. Tadi ada orang tanya benda yang sama jugak," kata abang bermisai lebat itu dengan bangga. "Bukan Akasia bang!! Tapi Jalan Katia 17/49," tonasi Nothing Is Impossible naik sedikit. "Itulah di Seksyen 18, naiklah teksi abang.. 6 ringgit saja," abang bermisai lebat tu berkeras dengan pendapat dia. "Orang cakap katia 17/49 bukannya di Seksyen 18," mula mengomel. Ahli lain pun bertanya lagi. "Sudahlah tu.. dia nak pau saja tu...," Nothing Is Impossible menyampuk. Lagi sekali ahli kumpulan bertanyakan lokasi Jalan Katia 17/49. Pakcik bermisai lebat tu menjawab jugak benda yang sama, sehingga seorang makcik yang berada di tempat itu naik geram dan menjawab,"Bukan Akasia... tapi Jalan Katia."
Sudah bosan dengan karenah pakcik bermisai lebat tu, Nothing Is Impossible mengajak ahli untuk beredar dan berjalan saja dengan iman. "Nanti sepanjang jalan tu kalau ada jumpa orang, kita tanya."

Bila kami tiba di sebuah bengkel kereta, kami pun bertanya lokasi yang dinyatakan dalam klu tersebut. "Oh.. Jalan Katia dekat je dik.. jalan je lurus.. nanti adik akan jumpa." Kami pun meredah kawasan rumah orang dan melihat alamat jalan yang tertera pada papan tanda. "Kita makin dekat," kata Cleo penuh keyakinan. Bila tiba dipersimpangan, "Jim nak ikut jalan mana ni, kiri atau kanan?" tanya Cleo. "Kalau ikut kata hati saya, kita ke kiri." Semua mengikut arah diputuskan. "Eh.. tu kereta Ila di sana," jerit Berry. Maka berlarilah kami. "Kami kumpulan nombor berapa?" penganjur tersenyum tidak mahu menjawab. "Bagi taulah!!" kami merayu. Pada tangan penganjur terdapat 2 keping klu yang belum diserahkan kepada peserta (termasuk kami). "Takpa Jim... masih ada harapan lagi," kata Obie.


Kumpulan pertama yang tiba

Klu 5
Saya tidak ada duit mahu beli barang ni. So, tolong saya beli Chupa Chups Baboi. Ala senang saja cari hyper market ni turun dari komputer nampaklah. Kalau tidak jumpa tanya la orang. Murah saja tambang pergi sini jangan la kedekut sangat. Ingat!!!!! cari saya di Restoran KFC kalau kamu sudah beli barang itu kalau tidak kamu tidak akan dapat clue.

Destinasi berikutnya adalah CarreFour, Subang Jaya dengan menaiki komuter. Tetapi untuk ke destinasi tersebut, kami terpaksa berjalan kaki lagi dari Jalan Katia 17/49 sehingga ke jalan besar menuju ke Seksyen 19, stesen komuter. Kami sangat keletihan, tapi semangat kami untuk menghabiskan cabaran-carabaran yang bakal kami lalui masih membara, biarpun dalam sanubari kami mengatakan kami akan dapat tempat yang terakhir. Sebuah bas mini kami naiki setelah kami pasti bas tersebut sekurang-kurangnya akan berhenti berhampiran Stesen Komuter 19.

Setelah bas mini yang kami naiki tersebut berada berhampiran dengan simpang masuk ke Stesen Komuter Seksyen 19, pemandu tersebut menasihatkan kami agar berjalan ke seberang dengan menaiki jejantas, untuk langkah keselamatan. Maka, episod berjalan kaki bermula lagi, tetapi Berry dan Cleo sangat tegar berjalan sehingga saya dan Ernie terpaksa mempercepatkan langkah kami.
Tambang ke Stesen Komuter Subang Jaya adalah RM1.00.

Kami sangat terkejut bila terserempak dengan Kumpulan Ila yang tinggalkan di Kampung Subang. Sewaktu kami keluar dari kawasan Stesen Komuter Subang Jaya, kumpulan Ila pula sedang berlari ke arah bertentangan, sebagai tanda mereka telah siap cabaran-cabaran dan tugasan-tugasan yang telah ditetapkan. "Macam mana korang korang boleh datang awal dari kami," tanya Nothing Is Impossible. Ila hanya tersenyum seribu bahasa. "Nanti cari saja tempat gula-gula ada tu," Florentina sambil berlari dan tercungap-cungap sempat memberikan tip.

Kami tanpa membuang masa bergegas masuk ke CarreFour. "Cleo.. jangan lupa ingatkan saya Chupa Chups Baboi," itulah pesanan yang sering Nothing Is Impossible nyatakan semenjak dari Shah Alam lagi. Mata kami mencari-cari di kedai runcit yang berdekatan dengan CarreFour, manalah tau kalau mereka turut menjual jenama tersebut.
Masuk saja ke bangunan CarreFour, kami terus meluru ke kedai News yang menjual suratkhabar, majalah dll yang betul2 berhadapan dengan HyperMarket CarreFour.

Mata menjeling-jeling kaunter kedai tersebut, lagak kami yang seolah-olah pencuri menyebabkan pekerja kedai tersebut menjadi sangsi. Mata tertuju kepada satu objek... itu dia.. Chupa Chups... dengan pantas Cleo mengambil objek tersebut dan membayar kepada pekerja di kaunter. Kami pun berlari gembira menuju kearah Ivy yang duduk di dalam KFC.

"Salah tu... cuba tengok klu yang kami bagi tu betul-betul." Alamak tak samalah pulak.. yang mereka minta adalah Chupa Chups Baboi.... bukannya Chupa Chups Lollypop. Kali ni kami masuk ke dalam HyperMarkert CarreFour dan mencari gula-gla yang dinyatakan dalam klu tersebut.

"Tak adalah Jim...," Ernie melilau mencari gula-gula yang penuh misteri tu. "Mesti ada tu.. cari pelan-pelan. kena rilek dulu baru jumpa," kata Nothing Is Impossible dengan penuh positif. "Jim.. dah jumpa.. dah jumpa," jerit Cleo yang kegembiraan. "Bayar dulu dan bawa terus jumpa Ivy." Kaki kami bagai mendapat kuasa baru setelah berjaya mendapat objek yang dicari. Rasa penat tiba-tiba hilang bila semangat baru menjelma. Gula-gula yang berharga RM1.00 itu kami berikan kepada Ivy.
Kami terus diberikan klu yang berikutnya.

Klu6
"Tempat ini selalu dikunjungi. Banyak makanan orang Asia di sini. Bila sampai nanti cari penganjur yang sedang menunggu di sana untuk mengambil foto bersama pekerja di tempat itu" (Maaf saya tak ada klu tersebut, tetapi sekadar mengingat yang penting sahaja)

Satu tempat sahaja yang kami tahu mempunyai kaitan dengan klu diatas, iaitu "Asia Cafe" yang terletak di Subang Jaya juga. "Macam mana kita nak sana?" ahli kumpulan Nothing Is Impossible bertanya. "Kalau kita naik teksi boleh saja, tapi kita tak tau berapa banyak lagi halangan yang kita harus tempuhi. Kamu semua sanggup jalan kaki?" Nothing Is Impossible mengutarakan pendapat. "Ah.. jalan kaki lagi," kata suara yang sedikit terkejut. "Boleh saja.. no problem," Berry dan Cleo bersemangat menjawab. Kami pun tak tau dah berapa kilometer kami sudah berjalan, berapa kilo lemak lebur dari badan dan berapa liter keringat mengalir. Episod berjalan kaki bersambung untuk kali yang keberapa.

Kaki yang semakin berat kami heret ke arah Asia Cafe yang terletak lebih kurang 3 kilometer ataupun lebih daripada CarreFour. Berjalan dan berjalan dengan hanya berpandukan keyakinan."Betulkah jalan kita ni Jim?" tiba-tiba suara ketidakyakinan timbul. "Betul.... tengok bangunan tu... Asia Cafe betul-betul berdekatan dengan bangunan tu."
Kami menyelusuri rumah-rumah orang yang pelbagai rupa dan bentuk. Kami juga terserempak dengan markas PAS sewaktu perjalanan.

"Betulkah jalan ni Jim?" suara yang semakin lemah timbul lagi. "Betul!!"
Nothing Is Impossible merasa sedikit ralat bila perjalanan kami semakin panjang. Jumlah wang kami semakin susut dan kami semakin penat. Tiba-tiba Nothing Is Impossible terdengar bisik dan berikan, "Pandanglah ke atas dan berdoa". "Apa ni Tuhan... kami ni sangat penat dan duit pun tinggal sedikit, suruh saya pandang atas dan berdoa pula," hati kecil ini memberontak seketika. Namun dalam diam-diam, Nothing Is Impossible mendongak ke langit dan berdoa.

Kami sempat bertanya dengan beberapa orang disepanjang perjalanan kami untuk mendapatkan kepastian mengenai lokasi sebenar Asia Cafe. Setelah memperolehi jawapan yang positif, kaki kami semakin menhampiri Asia Cafe.
Kelibat Tatum yang sedang menahan kencing dapat kami kesan. Tugasan berikut pula kami perolehi.

Tugasan anda: Mencari seorang pekerja Asia Cafe dan ajak mereka bergambar dengan menggunakan kamera yang disediakan. Tetapi dengan syarat, keempat-empat ahli kumpulan bergambar bersama dengan pekerja Asia Cafe secara serentak dan foto tersebut haruslah diambil oleh orang lain dan bukan penganjur.

Dengan kepakaran yang ada.. Nothing Is Impossible tanpa segan silu mengajak seorang pekerja yang pada mulanya enggan bekerjasama. Tetapi ada akhirnya setuju tanpa sebab-sebab yang jelas. Proses fotografi mengambil masa sedikit kerana orang yang diharap tidak tahu pula cara menggunakan kamera. Kenalah kami mengajar selok-belok fotografi. Selesai tugasan tersebut, klu berikut diberikan.

Klu7
"Harus ke sebuah pasaraya yang mempunyai kaitan dengan astronomi untuk mengambil barang-barang yang telah disediakan oleh penganjur." (Maaf saya tak ada klu tersebut, tetapi sekadar mengingat yang penting sahaja)

Kumpulan kami bergumul untuk meneruskan perlumbaan yang semakin mencabar, bukan kerana kepenatan tetapi kerana kewangan kami yang semakin susut. Timbul idea untuk berjalan kaki daripada Subang Jaya hingga ke Lebuhraya Persekutuan dan mendapatkan kenderaan awam yang menuju ke Shah Alam. Wang yang ada pada kami cukup-cukup untuk sampai ke Komuter Seksyen 19, Shah Alam dan menuju ke Pasaraya Bintang Seksyen 7 dengan menggunakan teksi, itu sahaja nilai kewangan dalam genggaman kami. Melihat kepenatan ahli-ahli, timbul rasa simpati. "Takpalah kita naik komuter sahaja ke Shah Alam," Nothing Is Impossible bingkas memberikan kata putus. "Apakata kita naik komuter ke Padang Jawa?" Cleo memberikan inspirasi. Tidak terfikir oleh akal untuk bergerak ke Padang Jawa. "Wah.. bagus cadangan tu. Kita guna komuter daripada Subang Jaya ke Padang Jawa dan berjalan kaki daripada Padang Jawa ke Pasaraya Bintang Seksyen 7. Kalau kita guna strategi ini kita masih ada wang berbaki RM6.70."

Kami berjumpa dengan Kumpulan Roland yang sedang menunggu ketibaan komuter. Wajah kepenatan mereka amat jelas dan Debbie sempat menelaah pelajaran dengan duduk bersimpuh di atas lantai. Hebat betul komitmen Debbie. Sementara menunggu komuter, kami berbual mengenai kondisi kumpulan-kumpulan yang lain.

Akhirnya, komuter yang ditunggu pun sampai. Kaki yang semakin sakit sudah tidak mampu membendung kami untuk duduk sahaja di lantai komuter tanpa mempedulikan pandangan orang lain.

Komuter pun tiba di Seksyen 19 dan kumpulan Roland terpinga-pinga melihat kami tidak keluar dari gerabak tersebut. Gerabak komuter mulai bergerak semula menuju ke Stesen Padang Jawa. Kaki Nothing Is Impossible semakin sakit, tetapi dipaksa berjalan juntuk meneruskan perlumbaan.

Perjalanan Nothing Is Impossible terhencot-hencot menyebabkan kami berdua ditinggalkan oleh Berry dan Cleo yang masih tegar melangkahkan kaki. "Teruskan... jalan terus dan belok ke kanan," jerit Nothing Is Impossible kepada Berry dan Cleo. Manakala, Ernie setia menemani Nothing Is Impossible yang sakit kaki.


Melihat keadaan Nothing Is Impossible yang 'cedera', Cleo dan Berry memperlahankan langkah mereka. "Jauh lagi ka Jim perjalanan kita?" "Dekat saja lagi.. ko tengok kelapa sawit di sana tu... itulah pintu masuk UiTM. Bersebelahan dengan kelapa sawit itulah kedudukan Pasaraya Bintang Seksyen 7," Nothing Is Impossible menerangkan.

"Jim.. masih jauh lagikah....?" "Jalan terus.. jangan mengalah. Kita kalah pun tak apa.. janji kita habiskan perlumbaan ni. Ko nampak jejambat di sana.. itulah highway yang menuju ke Klang. Seksyen 7 di sebelah saja." Mereka terus berusaha meneruskan langkah dan kaki Nothing Is Impossible semakin sakit.

Langkah demi langkah diatur, tempat yang ingin dituju pun sampai. Kami mencari-cari penganjur yang sedang menunggu di Pasaraya Bintang. Akhirnya Abigail kami temui di tempat tersebut. kami menerima cabaran lagi. "Cabaran apa pula lepas tu?" Nothing Is Impossible menyinga kepenatan. Terkebil-kebil mata Abigail melihat reaksi Nothing Is Impossible yang sedang menahan kesakitan kaki.

Berikut adalah cabaran kami.

Tugasan anda: Menyanyikan lagu rohani dan membeli air mineral 1.5 liter (RM1.00)

Kami laksanakan cabaran-cabaran tersebut tanpa segan silu biarpun mata orang awam memandang kami dengan pandangan yang janggal. Air mineral 1.5 liter sudahpun dibeli oleh Cleo. Dengan duit berbaki RM5.70 kami menerima klu yang terakhir.

Klu8
"Ini adalah perhentian yang terakhir. Kami sedang menunggu anda di sana. Sila bawa barang-barang yang telah diberikan. Tempat kami menunggu berada di antara Muzium Selangor dan Perpustakaan Awam Selangor."

Wang berbaki RM5.70, bagaimana kami ingin menghabiskan perlumbaan yang terakhir ini?Setiap teksi yang kami tahan, semua mengenakan caj RM8.00. "Bolehlah pakcik... ni saja wang yang kami ada," kami merayu domba. "Tak bolehlah dik, itu pun pakcik guna harga meter," pemandu-pemnadu teksi yang kami tahan menerangkan keadaan. Ernie yang sebelum itu sedikit pemalu mulai memberanikan diri menahan teksi-teksi yang lalu lalang, semua ditolak oleh kerana wang yang kami ada tidak mencukupi. Tidak puas dengan itu, kami juga turut menahan bas Seranas, tetapi tiada satu pun menuju ke arah bandar, semuanya ke bandar Klang.

Pastor Waco memberhentikan kenderaan mereka dihadapan kami dan Sister Deborah pun keluar daripada kereta. "Berapa tambang kamu ke last stop tu? Gunalah duit kami dulu," suara Sister Deborah kedengaran sedikit sayu menghulurkan bantuan kepada kami. Semua ahli melihat kepada Nothing Is Impossible, "Takpa Sis... kami mahu habiskan perlumbaan ini dengan cara bersih." "Betul ni?!" Sister Deborah inginkan kepastian. Nothing Is Impossible mengangguk tersenyum tanda ketegasan dalam kelembutan.

Setelah kereta Pastor Waco beredar.. kami masih lagi menunggu. "Wang kami RM5.70... macam mana ni Tuhan?" Nothing Is Impossible kegelisahan sambil tangan kiri meraba di dalam poket seluar. Tiba-tiba Nothing Is Impossible merasa ada beberapa helai kertas berada di poket seluar sebelah kiri. Helaian kertas tersebut dikeluarkan. Alangkah terkejutnya Nothing Is Impossible, apabila mendapati helaian kertas tersebut berjumlah RM1.00 dan ada tiga keping. Duit kami tadi yang berbaki RM5.70 tersebut berada di poket sebelah kanan. Nothing Is impossible teringat akan bisikan sewaktu berada di Subang Jaya tadi, perihal "Mendongak ke langit dan berdoa". Fikiran Nothing Is Impossible ligat mengingatkan ayat tersebut. Rupa-rupanya, Yesus juga memperlakukan yang sama sewaktu berdoa untuk 2 roti dan 5 ekor ikan. Dia mendongak (menengadah) ke atas langit dan bersyukur kepada Tuhan.

Matius 14:15-21

15 Pada petang harinya, pengikut-pengikut Isa datang dan berkata kepada-Nya, "Hari sudah hampir malam dan tempat ini terpencil. Suruhlah semua orang ini pergi, supaya dapat membeli makanan di pekan."
16 Tetapi Isa menjawab, "Mereka tidak usah pergi; kamu sendiri beri mereka makanan."
17 Pengikut-pengikut-Nya berkata, "Kami hanya mempunyai lima ketul roti dan dua ekor ikan!"
18 Isa berkata, "Bawalah makanan itu kepada-Ku."
19 Kemudian Dia menyuruh orang ramai duduk di atas rumput. Lalu Isa mengambil lima ketul roti dan dua ekor ikan itu. Kemudian Dia menengadah ke langit dan mengucap syukur kepada Allah. Setelah itu Dia membahagikan roti itu dan menyerahkannya kepada pengikut-pengikut-Nya supaya diberikan kepada orang ramai itu.
20 Tiap-tiap orang makan sehingga kenyang. Selepas itu pengikut-pengikut-Nya mengumpulkan lebihan makanan sebanyak dua belas buah bakul.
21 Jumlah orang lelaki yang makan kira-kira lima ribu orang, belum terhitung wanita dan kanak-kanak.

Apa lagi, kami terus menahan teksi dan bergerak ke destinasi terakhir. Tambang teksi tersebut berjumlah RM8.00 dan wang kami berbaki RM0.70.

Kumpulan pertama yang tiba
(Florentina, Iry, Ila & Neely)

Kumpulan kedua tiba setengah jam kemudian.
(Esther, Salvia, Bertha & Dennis)

Kumpulan Ketiga tiba 15 minit kemudian
(Roland, Pamela, Roy & Debbie)

Kumpulan terakhir tiba 30 minit kemudian

Kumpulan Roland bersama barang-barang yang mereka bawa dan baki kewangan mereka



Kami mendapat tempat terkahir dan semangat kami masih membara

Tempat yang ketiga

Kumpulan Ila dengan ucapan kemenangan. Memang hebatlah mereka ni.. biarpun ditinggalkan jauh, masih mampu memintas kumpulan-kumpulan yang lain.

Masa untuk makan... kami diberkati oleh mereka yang ikhlas

Penyampaian hadiah di Grace Church... Pastor Joe tersenyum kehairanan melihat saya yang gembira.."Kenapa Jim?" tanya Pastor Joe. "Kami dapat nombor 4 saja," kata Nothing Is Impossible dan sambung senyum lagi

Kumpulan Ketiga bersama hadiah kemenangan

Dennis mewakili kumpulannya yang mendapt tempat Kedua

Tempat Pertama dimenangi oleh Ila. Tak tau pula cek turut disediakan (sebenarnya.. mereka sudah pun membuka hamper kemenangan mereka)

Kumpulan yang memenangi kategori "Kumpulan Paling Cekal"









Untuk melihat gambar-gambar yang menarik silalah ke sini

Inilah entry paling panjang dan paling lama untuk ditulis. Sekiranya ada butir-butir cerita tidak menepati perkara sebenar sila hubungi saya.

Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

PRAY FOR THE HEALING WATERS

Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)