Minggu Terakhir Melayani - Aku Sedih
Muka aku sedih Nilah jadual pak cik... Aku sangat sedih sebab semalam adalah hari terakhir aku melayani . Hampir 5 tahun lebih aku melayani tanpa henti , tak kiralah sebagai dancer, backup singer, hospitality, ketua untuk backup singer (ya ka ?), MC, etc. Minggu lepas aku dapat jadual untuk semester tiga pengajian aku dan nyata apa yang aku elak berlaku juga , aku ada kelas hari khamis . Aku fikir mungkin boleh tukar kot ? Tapi bila aku tanya member yang lain, semua kelas mereka ada yang bertindih . Bertindih sebab ada yang ambil Indipendent Study. Semua hari dah penuh.... ya dah penuh. Aku cukup malas bila senggang hari antara satu kelas dengan kelas yang lain terlalu jauh. Macam semester ni, kelas Measurement and Evaluation in Libraries dengan kelas Seminar In Knowledge Management jauh. Senggang 2 hari. Uhh... malas betul. Tapi bila aku fikir balik... mungkin TUHAN ingin aku lebih fokus dengan dissertation aku. Aku dah tetapkan...