Posts

Showing posts from April 27, 2010

Kick Ass Review

Image
Aku bukan menyumpah seranah, memaki hamun ataupun menyimpan rasa geram kat orang sehingga aku menulis Kick Ass or Kick your A**. Kawan aku tanya, apasal nama movie tu macam tu? Movie bergenrekan action-comedy superhero ini diadaptasi daripada buku komik dengan tajuk yang sama, ditulis oleh Mark Millar dan John Romita, Jr. Filem ini diarahkan oleh Matthew Vaughn, diterbitkan oleh seorang aktor kacak Hollywood, Brad Pitt selaku penerbit bersekutu. Penulis layar bagi filem ini adalah Jane Goldman yang juga penulis layar bagi filem Stardust (2007) Filem ini cuba untuk mengangkat tema superhero, namun lebih bercorak komedi gelap (My Super Ex-Girlfriend) dan lebih semasa. Berbezanya, filem ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan super power ataupun watak-watak yang memiliki kuasa luarbiasa. Kisah yang ditampilkan adalah mengenai remaja biasa, Dave Lizewki (diperan oleh Aaron Johnson, pelakon berdarah Inggeris), yang bercita-cita untuk menjadi adiwira tetapi akhirnya terperangkap di dalam