Posts

Showing posts from May 3, 2010

Christmas Choir 2009 - Prep

Image
Menjalani latihan koir sebelum dipersembahkan pada ibadah hari Ahad. Sepatutnya persembahan tersebut akan dilakukan di Grand Bluewave di Shah Alam pada 21 Disember 2009. Tetapi dibatalkan oleh pihak Grand Bluewave pada saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Untuk meredakan perasaan kekecewaan setelah penat menjalani sesi latihan sebanyak 6 kali, sesi persembahan akhirnya dilakukan di gereja. Rehat dulu... "Aku semangat!!" memulakan sesi latihan lagi AaaaaaaaaaaaEeeeeeeeeeIiiiiiiiiiiiiOoooooooooooooo Konon-konon hari persembahan nanti tu macam nilah Setelah penat, makan pulak di Gazebo

Iron Man 2 Review

Image
Penulis sedikit skeptikal sebelum menonton filem arahan Jon Favreau yang juga pengarah untuk filem Iron Man (2008). Filem sekuel seringkali mendapat badi kerana akan dibandingkan dengan filem yang pertama. Banyak filem sekuel gagal meraih sambutan seperti filem pertama. malah tidak setanding dengan kehebatan filem yang pertama. Tetapi tidak semua filem sekuel gagal di pawagam, malah ada yang dicalonkan sebagai filem terbaik di anugerah Oscar, seperti Godfather 2 & Godfather 3, lakonan Al Pacino. Ketiga-tiga filem tersebut dikategorikan di dalam 100 filem terbaik. Selain Trilogi Godfather, Trilogi Lord of The Rings juga menidakkan badi filem sekuel apabila The Return of The King meraih Filem Terbaik pada Oscar 2003. Filem Spiderman trilogi juga berjaya mengutip jualan yang sangat hebat. Persoalannya, adakah Ironman 2 akan mengikuti jejak Transformers : Revenge of The Fallen (2009), Bad Boys II (2003), Be Cool (2005), The Matrix Revolutions (2003), Speed 2 : Cruise Control (1997)? S