Iron Man 2 Review


Penulis sedikit skeptikal sebelum menonton filem arahan Jon Favreau yang juga pengarah untuk filem Iron Man (2008). Filem sekuel seringkali mendapat badi kerana akan dibandingkan dengan filem yang pertama. Banyak filem sekuel gagal meraih sambutan seperti filem pertama. malah tidak setanding dengan kehebatan filem yang pertama. Tetapi tidak semua filem sekuel gagal di pawagam, malah ada yang dicalonkan sebagai filem terbaik di anugerah Oscar, seperti Godfather 2 & Godfather 3, lakonan Al Pacino. Ketiga-tiga filem tersebut dikategorikan di dalam 100 filem terbaik. Selain Trilogi Godfather, Trilogi Lord of The Rings juga menidakkan badi filem sekuel apabila The Return of The King meraih Filem Terbaik pada Oscar 2003. Filem Spiderman trilogi juga berjaya mengutip jualan yang sangat hebat.

Persoalannya, adakah Ironman 2 akan mengikuti jejak Transformers : Revenge of The Fallen (2009), Bad Boys II (2003), Be Cool (2005), The Matrix Revolutions (2003), Speed 2 : Cruise Control (1997)?

Sekali lagi Jon Favreau menggalas tanggungjawab sebagai pengarah untuk filem sekuel ini dan menyaksikan kebanyakan aktor-aktor untuk filem pertama kembali memeran watak. Namun watak Lt. Colonel James 'Rhodey' Rhodes yang sebelum ini diperan oleh Terence Howard digantikan oleh Don Cheadle (Hotel Rwanda, Crash, Ocean's Twelve & Thirteen). Beberapa watak baru turut mewarnai Iron Man 2 kali ini, seperti Natalie Rushman/ Natasha Romanoff/ Black Widow (Scarlett Johansson), Nick Fury (Samuel L. Jackson), pengarah Iron Man 2 juga turut membawa kembali wataknya sebagai Happy Hogan.

Watak antagonis kali ini dilakonkan oleh Mickey Rourke yang terkenal dengan The Wrestler yang meraih pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik pada Oscar (2009). Mickey Rourke dipertanggungjawabkan untuk membawa watak Ivan Vanko/ Whiplash berbangsa Russia. Justin Hammer (Sam Rockwell) pula menjadi seteru Tony Stark yang cuba untuk menjatuhkan empayar Tony Stark.

Selepas Tony Stark membuat pendedahan bahawa dirinya adalah Iron Man (pada filem pertama), beliau menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat antarabangsa dan juga kerajaan Amerika Syarikat yang menyifatkan sut Iron Man sebagai ancaman kepada keselamatan dan keamanan serantau. Maka teknologi tersebut haruslah diserahkan kepada kerajaan untuk diaplikasikan di dalam bidang ketenteraan. Stark Indusries menerima tekanan daripada musuhnya Hammer Industries, milik Justin Hammer yang membuat dakwaan bahawa Stark Industries telah pun menyerahkan teknologi tersebut kepada beberapa musuh Amerika Syarikat seperti Iran, Korea Utara, dsbnya. Hammer turut menyerta pelbagai 'imej' satelit untuk membuktikan dakwaannya. Tetapi tembelang Hammer terbongkar, imej yang dipamerkan bukanlah teknologi Stark Industries tetapi teknologi milik Hammer Industries. Tony tetap berkeras untuk tidak menyerahkan teknologinya kepada kerajaan kerana berpendapat bahawa kestabilan dunia wujud kerana teknologi tersebut di bawah genggamannya dan hanya eksklusif untuk dirinya. "I successfully privatize world peace" adalah slogannya yang popular dan egois.

Pada masa yang sama kesihatan Tony Stark mengalami kemerosotan setelah kandungan bahan kimia palladium yang terkandung di dalam reaktor arca (membantu jantungnya berdenyut) mulai meracuni badannya. Keadaan kesihatannya yang merosot menyebabkan beliau mengalami gangguan emosi. Beliau bertindak untuk mencari pengganti dengan melantik pembantu peribadinya, Virginia 'Pepper' Potts sebagai CEO Stark Industries menggantikan Obadiah Stane (Iron Monger), sekiranya beliau mati. Beliau juga bertindak untuk mencari pengganti Pepper, iaitu Natalie Rushman.

Sewaktu menyertai perlumbaan kereta Formula one di Monaco, Tony Stark telah diserang oleh Ivan Vanko yang menggunakan teknologi yang sama seperti perisai Iron Man, tetapi berjaya dipatahkan. Rentetan peristiwa itu, kerajaan Amerika menggesa beliau untuk menyerahkan teknologi Iron Man kerana mendakwa teknologi tersebut telahpun bocor ke tangan musuh.

Tony Stark sempat bertemu dengan Ivan yang dipenjarakan untuk menyelidik motif serangan tersebut dan mempersoalkan bagaimana Ivan dapat mencipta teknologi yang sama. Rupa-rupanya ayah Ivan Vanko, Anton Vanko merupakan seorang ahli Fizik yang telah bekerjasama menghasilkan Reaktor Arca berama ayah Tony Stark, Howard Stark. Setelah Anto Vanko didapati berniat untuk menjual teknologi itu Soviet, Howard bertindak untuk menghantar pulang Anto bersama anak lelakinya, Ivan ke Soviet. Di Soviet, kerajaan Russia telah menempatkan mereka di daerah Siberia terpencil. Akhirnya, Anto mati dan meninggalkan pengetahuan beliau mengenai teknologi tersebut kepada anaknya yang juga seorang ahli Fizik yang gagal. Sejak itu, Ivan ingin membalas dendam di atas kehidupan keluarganya yang telah dimalukan.

Ketika Tony menyambut hari ulang tahunnya dengan memakai perisai Iron Man, berlaku pergaduhan diantara beliau bersama Colonel Rhodes. Colonel Rhodes cuba untuk mempertahankan sahabat baiknya, setelah kerajaan Amerika Syarikat mengarahkan beliau untuk mengambil perisai tersebut. Melihat gelagat Tony yang semakin menjengkelkan menyebabkan Colonel Rhodes hilang sabar dan memaksa beliau untuk mendapatkan perisai tersebut secara paksa dengan menyarung perisai Iron Man. Berlaku pergelutan hebat diantara dua perisai Iron Man dan Tony tewas kepada sahabat baiknya. Colonel Rhodes tidak menyedari Tony sengaja mengalahkan diri disebabkan keadaan kesihatannya yang membimbangkan.

Ivan yang dipenjarakan telah 'dibebaskan' oleh Hammer yang turut mencari peluang untuk membalas dendam terhadap kemajuan Stark Industries. Ivan Vanko telah digantikan dengan seorang banduan yang menyerupainya dan selnya diletupkan dengan bom jangka (disediakan oleh Hammer). "Kematiannya" Ivan hanyalah untuk mengaburi mata dunia. Hammer memberikan segala sumber kepada Ivan untuk melihat impiannya meranapkan Tony Stark tercapai. Akhirnya, Ivan mencipta batalion askar yang dikenali Iron Drones yang mampu dikawal mengguna alat kawalan jauh.

Dengan keadaan Tony yang semakin tidak terkawal, tanpa disedari Natalie Rushman adalah ejen yang dikenali sebagai Natasha Romanoff ejen S.H.I.E.L.D. yang diutuskan oleh Nick Fury (Samuel L. Jackson) untuk memperhatikan gerak-geri Tony. Kumpulan S.H.I.E.L.D. (Strategic Homeland Intervention, Enforcement and Logistics Division) ini telah ditubuhkan oleh ayah Tony. Nick Fury membantu Tony yang bergelut dengan hidup, membawa barang-barang peninggalan ayahnya. Tony beranggapan bahawa ayahnya adalah seorang sangat mementingkan kerja sehingga lupa akan tanggungjawabnya sebagai ayah. Tetapi video yang dirakamkan pada 1974 itu membuktikan sebaliknya. Disebalik diorama yang dihasilkan ayahnya, Tony mempertemukan pandangan sebenar Howard terhadap anaknya. Miniatur kompleks Stark Expo tersebut menyingkap rahsia bagi menyelesaikan masalah kesihatanya. Akhirnya terhasilah reaktor arca berbentuk segitiga menggantikan teknologi lama. Tiba-tiba Tony mendapat panggilan daripada Ivan yang disangkanya mati dan mengancam akan melancarkan serangan sewaktu pelancaran Hammer Expo.

Hammer yang memperkenalkan teknologi baru yang dipanggil Iron Drones yang terdiri daripada tentera darat, udara, laut, seal dan War Machine (Don Cheadle) di Hammer Expo tidak menyedari komplot Ivan yang telah mencipta Whiplash yang lebih canggih. Ivan mengarahkan batalion Iron Drones menyerang Iron Man di tengah-tengah lautan orang awam. War Machine yang dikawal juga turut menyerang Iron Man.

Ejen Ramanoff dan Happy Hogan membantu menjejaki kedudukan Ivan tetapi terlambat. Namun berjaya memecah masuk perisian War Machine. Berlakulah peperangan antara mesin dan Iron Man serta War Machine.

Setelah tewas di tangan War Machine dan Iron Man, Whiplash bertindak meletupkan diri bersama-sama Iron Drones. Tetapi mereka berdua sempat melepaskan diri dan Iron Man menyelamatkan Pepper yang berdiri dekat dengan sisa Iron Drones.

Penulis secara peribadi merasakan sedikiti kecewa dengan sekuel kedua ini. Badi filem sekuel terlampias mengenai Iron Man 2. Filem kedua ini tidak dapat menyamai kehebatan filem pertama. Mungkin pengarah, Jon Favreau sudah kekeringan idea untuk menggarap filem ini menjadi sehebat yang pertama. Fast shot yang kelam kabut menyukarkan konsentrasi penulis. sehingga menyebabkan filem ini kelihatan kelam kabut pada sesetengah babak. Keserasian lakonan antara Don Cheadle dan Robert Downey tidaklah sebaik sewaktu bersama Terence Howard. Kedua-dua pelakon ini seolah-olah berada pada paras yang amat berbeza dan bukan seimbang. Watak Justin Hammer dipaparkan kelihatan seolah-olah seperti badut (melakukan lawak-lawak yang tidak menjadi) dan penulis terdengar bisikan penonton, "Ni filem aksi ke atau lawak?". Komedi Robert tenggelam kerana semua watak turut berlawak.

Babak paling tidak logik adalah sewaktu Ramanoff bertarung dengan penjahat-penjahat. Bila Ramanoff bersama Pepper menonton pelancaran Iron Drones, rambut Ramanoff berada dalam keadaan lurus biarpun bersanggul. Tetapi setelah bertukar pakaian di dlam kereta menuju ke tempat persembunyian Ivan, rambut Ramanoff berkerinting. Seoalah-olah Ramanoff sempat membuat dandanan rambut di salon, mungkin sempat singgah di Thomas and Guys. Scarlett sangat tidak sesuai untuk watak Ramanoff yang digambarkan sebagai seorang yang serius, tegas dan dark. She is too pretty. Penulis juga tidak tahu mengapa watak Happy Hogan turut dikembangkan, padahal tidak perlu dan tidak merugikan jika tidak wujud sekalipun. Sayang babak perang yang mampu menarik minat penonton menjadi kelam kabut. Editing process is not well done. Ada juga babak yang dipotong. Jika anda telah menyaksikan trailer, anda akan mendapati Pepper mencampakkan helmet Iron Man ke udara dan Iron Man mengejar helmet tersebut. Di dalam filem... tak ada.

Tetapi filem ini bukanlah dikategorikan sebagai gagal terus, kerana masih ada babak-babak ataupun momen-momen yang enjoyable and laughable. Penonton-penonton juga disajikan dengan gajet-gajet yang baru seperti sut Iron Man yang berbentuk beg. Selebihnya, watak Ramanoff/ Black Widow dan Nick Fury adalah spin off untuk filem akan datang. Samuel L. Jackson dikhabarkan telah mengikat kontrak sebanyak 9 filem untuk watak Nick Fury. Ambik engkau...

Plot = B+

Lakonan = B-

Sinematografi = B-


Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)

The Truth About Rhea Arella ; The Journey of An Amazing Worshipper