UNIRAZAK Johor Bahru, Johor
Hati melompat-lompat katak, lompat kuang, lompat guni, lompat pagar.. semua ada. Nak lompat pasal Sabtu lepas berangan nak ke JB, time balik dari Melaka, mata nie dok tenung signboard ke Johor Bahru. Dalam kepala pun berfikir, bilalah kaki aku nak jejak JB? Johor paling jauh aku pegi pun Mersing.... 2, 3 tahun lepas. Isnin lepas, tetiba bos dan senior datang menadah tangan, mempersilakan pegawai junior macam aku untuk ke JB untuk buat 'inspection', mewakili kakanda-kakanda sekalian yang tak boleh menerjah Kota JB atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan. Maka Julai 21 aku menapak kat JBatas urusan Baginda. Aku tanyalah apa yang patut aku buat, manalah aku nie outstation atas nama Unirazak? Bos pun cakap, "Kau buat macam nie, macam tue. Kena cek apa yang kurang, terlebih...bla bla bla" Aku mengangguk berusaha untuk paham. "Kita naik AirAsia ka?" "Manada naik AirAsia, kita naik MAS lah..." "Aturcara macam mana?" "Nanti kau kena pegi s...