UNIRAZAK Johor Bahru, Johor
Hati melompat-lompat katak, lompat kuang, lompat guni, lompat pagar.. semua ada. Nak lompat pasal Sabtu lepas berangan nak ke JB, time balik dari Melaka, mata nie dok tenung signboard ke Johor Bahru. Dalam kepala pun berfikir, bilalah kaki aku nak jejak JB? Johor paling jauh aku pegi pun Mersing.... 2, 3 tahun lepas.
Isnin lepas, tetiba bos dan senior datang menadah tangan, mempersilakan pegawai junior macam aku untuk ke JB untuk buat 'inspection', mewakili kakanda-kakanda sekalian yang tak boleh menerjah Kota JB atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan. Maka Julai 21 aku menapak kat JBatas urusan Baginda.
Aku tanyalah apa yang patut aku buat, manalah aku nie outstation atas nama Unirazak? Bos pun cakap, "Kau buat macam nie, macam tue. Kena cek apa yang kurang, terlebih...bla bla bla" Aku mengangguk berusaha untuk paham.
"Kita naik AirAsia ka?" "Manada naik AirAsia, kita naik MAS lah..." "Aturcara macam mana?" "Nanti kau kena pegi sendiri ke airpot.. kat sana nanti ada orang ambik.... bla bla bla" "Balik hari ke bos?" "Iye.. balik hari..." Tak sempatlah nak merayaplah......
Maka otak aku ligat berfikir, sape yang boleh hantar dan yang boleh ambik aku kat airpot? Awal pagi lagi dah aku kena menapak kat Unirazak JB. Flight 7.30 am dari KLIA. Jawabnya aku kena turun pukul 5 pagi ke KL Sentral dan guna ERL. Mudah.. tak payah menyusahkan orang hantar sampai ke KLIA. Seronok ape nait ERL.
Pegi JB penuh bergaya naik MAS. Balik jer naik Firefly... risau jugak sebab pengalaman dengan Firefly nie memang suka lambat or delay berjam-jam. Maapkan daku Andy andai aku terlambat.. ikut suka drebar belon jak tok. Tapi ambik kat Subang lah pulak.. fuh!! Tak payah jauh-jauhlah kan.
Maka, jari jemari nie gatal nak selidik Unirazak JB nie kat mana? Kita Google je lah.......
Ok.. dah dapat... senior baru jer datang mengadap... bagi info terkini pasal hal library lah ye. Aku dah pakat-pakat dengan member minta tolong jadi drebar jam sekian sekian. Kat mana nak hantar... nak ambik. Tugas kat library pulak dah pakat-pakat kat sesapa kalau emergency berlaku. Kita tengoklah macam mana...
Balik dari JB tue nanti, komfem minta report! Demi tugas lah katakan.
Balik dari JB tue nanti, komfem minta report! Demi tugas lah katakan.