5,000- Gilelah
Apakah kaitannya 5000 dengan Nothing Is Impossible? Untuk makluman pembaca, pembaca blog ini dah mencecah lima ribu orang.. ya betul!! Lima ribu orang... wakakaaaaaa...Pembaca blog ini bukan sahaja terdiri daripada warga Malaysia, tetapi juga merangkumi pembaca antarabangsa, termasuk Indonesia, Qatar, Amerika Syarikat & Eropah Hebat.. hebat!! Sejarah kewujudan Blog Nothing Is Impoossible telah diwujudkan pada 15 Mac 2006. Pada mulanya blog ini dikenali sebagai Freedom Akses Miracle Makers, nama yang aku sendiri pun susah nak ingat. Lahir di dunia siber tanpa objektif yang jelas, bergerak tanpa arah yang betul. Tetapi semangat untuk terus menulis hanya sementara, disebabkan ketiadaan idea dan hala tuju yang jelas. Tahun 2006, hanya menyaksikan 10 cerita sahaja mampu dikongsikan. Tahun berikutnya kekeringan idea semakin parah. 1 sahaja cerita untuk tahun 2007. Tahun 2008, menyaksikan perubahan yang mendadak. Blog ini mula berubah kepada Nothing Is Impossible dengan harapan untuk berk...