5,000- Gilelah



Apakah kaitannya 5000 dengan Nothing Is Impossible? Untuk makluman pembaca, pembaca blog ini dah mencecah lima ribu orang.. ya betul!! Lima ribu orang... wakakaaaaaa...Pembaca blog ini bukan sahaja terdiri daripada warga Malaysia, tetapi juga merangkumi pembaca antarabangsa, termasuk Indonesia, Qatar, Amerika Syarikat & Eropah Hebat.. hebat!!


Sejarah kewujudan

Blog Nothing Is Impoossible telah diwujudkan pada 15 Mac 2006. Pada mulanya blog ini dikenali sebagai Freedom Akses Miracle Makers, nama yang aku sendiri pun susah nak ingat. Lahir di dunia siber tanpa objektif yang jelas, bergerak tanpa arah yang betul. Tetapi semangat untuk terus menulis hanya sementara, disebabkan ketiadaan idea dan hala tuju yang jelas.

Tahun 2006, hanya menyaksikan 10 cerita sahaja mampu dikongsikan. Tahun berikutnya kekeringan idea semakin parah. 1 sahaja cerita untuk tahun 2007.

Tahun 2008, menyaksikan perubahan yang mendadak. Blog ini mula berubah kepada Nothing Is Impossible dengan harapan untuk berkongsi pengalaman hidup sebagai orang Kristian di Malaysia. Malah blog ini juga lebih bersifat kontemporari yang turut memaparkan kisah-kisah orang biasa yang dianggap tidak mempunyai harapan tetapi memberi impak yang luarbiasa, disamping kesaksian peribadi.

Turut dipaparkan adalah aktiviti-aktiviti bagi komuniti Kristian di Malaysia.

Nothing Is Impossible amat mengharapkan blog ini menjadi wadah rohani dan cerita-cerita positif untuk pembaca yang setia dan yang baru. Untuk tahun yang akan datang Nothing Is Impossible akan memberikan ruang kepada pembaca untuk berkongsikan cerita, pengalaman dan kesaksian. Syarat-syarat akan diumumkan kelak.

Selamat membaca dan terus PERCAYA. Di dalam Kristus tiada yang mustahil.

Lindungilah blog ini daripada kuasa si jahat.

Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)

The Truth About Rhea Arella ; The Journey of An Amazing Worshipper