Crazy Heart Review


Filem ini diadaptasi daripada novel yang ditulis oleh Thomas Cobb pada tahun 1987. Dengan tajuk yang sama pengarah dan penulis layar, Scott Cooper bertanggungjawab mengangkat genre musical-drama ke layar perak. Jeff Bridges yang memeran watak Bad Blake, seorang penyanyi dan penulis lirik muzik country yang mengalami zaman kejatuhannya. Namun setelah berjumpa dengan seorang wartawan muda, Jean (Maggie Gyllenhaal ; The Dark Knight, Nanny McPhee and the Big Bang), Bad ingin memulihkan hidupnya yang menghadapi pelbagai masalah; ketagihan arak, perokok tegar, kanser, show yang semakin berkurangan, masalah disiplin, masalah kewangan dan juga ingin diterima oleh anak lelakinya yang telah ditinggalkan sejak berusia 4 tahun. Akhirnya, setelah mengalami peristiwa kehilangan anak lelaki Jean (Jack Nation), Bad mengalami tamparan yang cukup hebat yang menyebabkan Jean meninggalkannya. Bad terdetik untuk menyertai program pemulihan tetapi terlambat kerana setelah beliau pulih, Jean sudahpun mengahwini orang lain.

Filem ini juga turut dibintangi oleh bintang-bintang Hollywood ternama seperti Colin Farrel, Robert Duvall, Beth Grant dan pelakon kanak-kanak Jack Nation. Untuk menjayakan watak Bad Blake dan Tommy Sweet, bintang muzik Country yang bersinar (Colin Farrel) turut menyumbangkan vokal mereka untuk lagu-lagu di dalam filem ini. Ternyata penulis juga kagum dengan Colin (Bad Boy's British) dapat menyelami pengaruh nyanyian Country.

Mengikut sumber, watak-watak utama digarap berdasarkan kombinasi cerita sebenar Waylon Jennings, Kris Kristofferson dan Merle Haggard. Pengarah cuba untuk memfokuskan cerita kepada kehidupan Haggard tetapi menghadapi tugas yang sukar kerana kekurangan sumber rujukan yang tepat. Akhirnya, filem ini diinspirasikan daripada pengalaman hidup penyanyi muzik Country, Hank Thomspon.

Penulis bukan pengikut setia lakonan Jeff Bridges tetapi lebih mengenali abangnya yang juga seorang pelakon ternama Beau Bridges (Jerry Maguire, Charlotte's Web). Jeff Bridgess sebelum ini amat terkenal dengan watak antogonisnya di dalam Iron Man (Obadiah Stane) pertama, telah berjaya membawa watak Bad dengan cemerlang. Kehidupan Bad yang begitu tunggang-langgang digambarkan dengan mudah di tangan Jeff, tetapi turut mempersoalkan kenapa Maggie boleh dicalonkan untuk Pembantu Wanita Terbaik pada Majlis Oscar tempoh lalu. Wataknya sebagai Jean disifatkan sebagai kurang cemerlang berbanding wataknya di dalam Nanny McPhee and the Big Bang.

Watak Tommy Sweet yang dibawa oleh Colin Farrel juga sedikit longgar, kerana beliau digambarkan sebagai seteru bagi Bad yang mengalami kejatuhan, tetapi tidak dikembangkan lebih lagi.

Filem ini telah pun dicalonkan dengan pelbagai anugerah, termasuk anugerah Oscar. Jeff memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Lagu Asli Terbaik. Persembahan yang hebat untuk filem berbajet USD7 juta.

Plot = A-

Lakonan = B+

Sinematografi = A


Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

PRAY FOR THE HEALING WATERS

Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)