Rain Down Concert (September 26, 2009)

Acara muda-mudi yang sangat best.. bukan kerana komposisi muzik yang hebat, mahupun persembahan yang bertenaga oleh muda-mudi tetapi pekerjaan Roh Kudus yang dasyat. Urapan-Nya turun umpama aliran air terjun yang indah membasahi anak-anak muda yang rindu dan dahaga akan urapan Tuhan.

Pujian & Penyembahan yang dipimpin oleh Sister Noni dan teamnya

Konsert yang dimulakan oleh Team Pujian & Penyembahan Gereja Grace Shah Alam yang memimpin jemaat dengan enam buah lagu dengan lagu-lagu yang sungguh memberkati. Segala persiapan yang dilakukan sebelum konsert tersebut sangat berbaloi ditambah lagi dengan pekerjaan Tuhan yang menggenapi firman-Nya, bahawa Dia ingin memberikan annointing yang baru dan merasakan perhubungan intim bersama dengan-Nya. Sesungguhnya kami yang menjaga Media juga turut merasakan betapa indahnya pekerjaan Tuhan. Ada yang mendapatkan visi, menangis dan nubuatan. Malah ada yang tidak dapat menahan aliran Roh Kudus sehingga berlutut di lantai. Hebat!!

Muda-mudi Relevant Youth Church (SIB Lake City)

Hamba Tuhan bernubuat.. bahawa sepanjang malam selepas habisnya acara.. ada yang akan tersenyum dan tidak akan berhenti tersenyum biarpun badai bergoncang...


Secara peribadi Nothing Is Impossible dapat merasakan perubahan terjadi di dalam hidup ini. Segala kelemahan di dalam hidup ini Tuhan singkapkan dan membawa Nothing Is Impossible mengambil keputusan untuk melepaskannya...

Jemaat yang hadir

Acara tersebut terus menuju klimaknya dengan Pujian & Penyembahan yang bertenaga oleh muda-mudi Relevant Youth Church (SIB Lake City) yang diketuai oleh Saudara Wagner. Bagaikan seperti diajar.. anak-anak kecil yang selama ini bertempiaran berlari, tiba-tiba turut berdoa di dalam roh dan melompat-lompat memuji Tuhan. Mereka bersemangat bernyanyi biarpun lagu yang mereka sampaikan tidak jelas, tetapi hati mereka benar-benar menyembah. Dasyat pekerjaan Tuhan.

Pemimpin muda-mudi Relevant Youth Church (SIB Lake City) Saudara Wagner (4 dari kiri, berbaju putih)



Objektif Worship Together ini, sila rujuk sini

Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

PRAY FOR THE HEALING WATERS

Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)