Guru-Guru

PART I
Che'gu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che'gu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengankat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che'gu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Man Tapah."Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah""Oh Che'gu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak."
PART II
Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Nasyor telahbertanya kpd murid²nya.Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga? Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Tapah lalu Che'gu Nasyor pun berkata,Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.
PART III
Che'gu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek didapur.Che'gu : Mana tepungnya??Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??
PART IV
Che'gu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?Joe : Untuk mencari makanan, che'guChe'gu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'guChe'gu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Man Tapah pula. Apakah tugas daunpisang?Man Tapah :untuk membungkus nasi lemak, che'gu...Che'gu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja.
pandai ugak budak kita nie buat lawak ye...........!!

Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)

The Truth About Rhea Arella ; The Journey of An Amazing Worshipper