Building High Performance Team - (July 10-12, 2009) Day 2

Pagi-pagi lagi aku kena bangun untuk bersiap ke aktiviti seterusnya, abseiling, flying fox, jungle trekking, camping, survival camping, dan tambah dengan kelas. Penatnya kalau tengok pada aktiviti-aktiviti yang kena aku tempoh. Awal-awal lagi aku dah rasa lain macam tapi disebabkan arahan aku kena juga ikut, senyum jelah. Syukur ada teman se-apartment yang mengejutkan aku dan Tom, maka terkedek-kedek jugaklah aku bangun dn bersiap.

Aktiviti pada hari kedua bermula dengan berjalan kaki ke Kem PLKN yang berhampiran dengan Casa Rachado untuk ke tempat abseiling dan flying akan diadakan. Gerun jugak dengan benda-benda macam nie. 15 minit kemudian kami sampai ke tempat tersebut dan terus diberikan sedikit taklimat ringkas tentang bagaimana untuk menggunakan kelengkapan yang dipanggil harness, carabiner dsbnya. Tambah lagi gerun dalam jiwa. Dulu pernah ikut naik roller coaster di Genting Higland dan Sunway Lagoon, menangis aku.. serius, mengalir airmata bujang aku. Aku gerun dengan benda bergerak laju, terhoyang-hayang tak tentu pasal dan berhenti mengejut. Tapi kali nie aku pakat, aku cabar diri, aku boleh buat.. Nothing Is Impossible.


Team CARGAS posing dulu sementara tunggu team lain selesai dengan Abseiling

Kak tengku Noor (Tudung bunga2)
Aku tabik dengan Kak Tengku Noor, walaupun dia nie dah pangkat nenek, dia berusaha untuk mencabar diri dia dengan cabaran abseiling. Mula-mula dia naik, Kak Noor menggeletar dan diserang darah gemuruh dan dia turun kebawah. Bila sampai ke bawah dia merayu-rayu tak nak ikut naik lagi. Kami pakat-pakat memberikan motivasi kepada Kak Nor. Aku cakap, "Kak Nor mesti naik. Kak Noor tak payah buktikan kepada orang lain. Buktikan pada diri yang Kak Noor boleh buat. Bila Kak Noor boleh buat, Kak Noor cakap dengan student yang nenek macam aku pun boleh buat, orang muda macam awak apalagi." Dorongan yang positif amat penting untuk kita bergerak sama kehadapan sebagai team. Lagi best lepas tu En. Kam ajak Kak Noor naik atas sama-sama dan turun sama-sama. Si Kam jadi peneman Kak Noor waktu turun Abseiling, berborak sambil turun. Akhirnya Kak Noor boleh buat.. Hoorayy.. semua bertepuk kuat memberikan semangat. Bangga aku dengan semua orang. Tapi yang paling lawak.. sebab teruja sangat Kak Noor terlupa pakai helmet. Bila sampai di bawah baru dia sedar.. apalagi.. gelak sakanlah dia!!! Lupa dengan perasaan takut tu.

Sambil orang lain terlibat dengan abseiling kami pulak sibuk selesaikan puzzle nie.. ehh.. macam mana nie??

Akhirnya berjaya jugak.. geliga juga otak teman yee... (slang orang Perak)

Nilah gaya orang turun abseiling

Nilah gaya orang yang cuak lepas turun dari abseiling... menangis. Menyesal tak nak buat lagi.

Ni pulak Kak Wan Farah .. seronok turun guna flying fox. Gambar engkau takde ke Jim? Tunggu!! Lepas nie baru ade...

Azami (orang Lundu, Sarawak), menerangkan maksud bendera mereka.

Kak Tengku Noor macam bertih menerangkan maksud bendera mereka, TEN BEST. Aku baru tau yang Kak Tengku Noor nie mertua Kieran Hot FM.

Kam buat ape tu?

Aku pun kalau diberi peluang.. mcm bertih jugaklah... amboi bontot..ehh silap perut!!

Makan makan makan... mana tak duduk kat hotel, macam tulah

Group member aku bersiap sebelum buat jungle trekking.

Sebelum tu kita pasang khemah dulu sbb malam tu kena tidur luar hotel.

Aktiviti menunggu yang tak sudah-sudah. Malam dah gelap woi.. SERAM!!

Apalagi berkeliaranlah semua. Tunggu dua orang lagi baru nak datang dari KL. Kejadian dalam hutan tak payahlah cerita ye.. kalau ada permintaan, baru aku ceritakan. Misterin Nusantara

Semua berpeluh busuk.. yeke.. peluh takut kot ni. HISTERIA.. menggeletar kepala lutut dorang.

Buat camp fire kat tepi pantai. Belakang tu hotel. Depan pulak khemah kami... Konon2 nak masak atas bukit tapi tak jadi. Orang yang tunggu atas bukit 4 orang bertempiaran melarikan diri. Segala makanan yang dibawa untuk dimasak cara survival ditinggalkan.

Last2 kami masak sekilo beras, 10 biji telur & 10 ekor ikan jaket utk 40 orang. Sejemput soranglah jawabnya

10 ekor ikan jaket untuk 40 orang.. huhu hebat. Inilah penangan air tangan aku. Tunjuk skil lah sikit. Hehehehee.. bahan2 pun minta kat kitchen hotel.. maka jadilah Portugese Grill versi Jim

Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)

The Truth About Rhea Arella ; The Journey of An Amazing Worshipper