Lawatan Ke Thailand episod 1

Academic Visit to Thailand

(13 - 17 Disember 2009)

Rombongan 'merisik' untuk Dr Sharif... hahahaha


Maaflah ye, sebab mengeluarkan cerita basi untuk tatapan umum. Lama tak berblogging sebab berperang dengan schedule yang ketat.


Inilah rombongan kami ke Thailand. Boleh tahan ramai jugaklah. Dari kiri, Muszafar Huzaireen Mustafar (HOD SEGI College Library, Subang Jaya), Mohd Alfarabie Mohd Nasir (Librarian UiTM), Syuq Mohamed, Norhaidawati Hamzah, Norhazura Hamzah (Librarian UPM), Noor Azreen Alimin (Pensyarah UiTM Machang, Kelantan), Dr Dang Merduwati, Cik Salmah, Cik Faida (Librarian PPAS Selangor), Siti Rohayu Abdul Rashid (Research Assistant), Wan Nur Hafizah Wan Ismail, Norelmin Sapuan (Librarian PPAS, Selangor), Dr Sharif (Chef DeMission). 2 orang lagi merayap entah ke mana. Lima hari kat Bangkok memang best jugaklah, tambah-tambah bila dapat berkumpul dengan semua geng yang kepala gila.

Inilah rombongan kami yang sedang menunggu umat yang lain kat Puncak Perdana. Tiba seawal 11.00 pagi.

Terasa macam naik bas sekolah

Senyum puas-puas sebab pergi merayap kat tempat orang ramai-ramai

Menerjah awan dengan penerbangan MAS. Bakal berangkat ke bumi gajah putih pukul 5.35 petang.

Nilah Cikgu Kelas IS772, Dr Shariff. Seminggu jugaklah aku bernanah telinga melayan (yang lain mengelak) Pekakkanlah telinga.. Anyway.. Dr Shariff ok ape, bile ko dah tau style die.

Orang-orang kuat; Dr Shariff, Cik Salmah & Dr Dang

Beg waktu pegi. Time baliknye ya ampun... tak terangkat... berat. Beg aku taklah!!


Apalah objektif kite nak merayap sampai ke Thailand, Malaysia ni takde ke tempat best2? Semua benda harus ada objektif, bukan main redah...

* To give students exposure on the library environment and management in ASEAN country especially THAILAND,

* To enhance the students knowledge, improve knowledge sharing and gain competitive edge, and

* To promote Master in Library Science program

Nantikanlah cerita selanjutnya

Cerita lain (sila klik)

1

Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

PRAY FOR THE HEALING WATERS

Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)