Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 02, 2011

Cinta Tropicale Colmar - Nagging

Best Blog Tips
Sambungan cerita lepas

Settle je kes cinta, Pakcik sebagai anak yang bertanggungjawab Pakcik bersedia membuat laporan penuh kepada ayahanda. Setiap kali Pakcik menghadapi apa-apa masalah, jalan buntu ataupun masalah yanag terkesan oleh radar, dengan ayahandalah Pakcik melapor diri. Bukan apa, tak nak dia susah hati.

Bahasa perbualan berikut diubahsuai untuk mencatikkan lagi cerita (Bahasa Iban pakcik berkarat)

Pakcik : Oh my daddy, are you sihat?

Ayahanda : Ok je my son. You sihat?

Pakcik : Sihat je daddy... Sebenarnya..... I ada masalah....

Ayahanda : (pause sebentar)... kenapa pulak tue...?

Pakcik : Keta pakcik kena langgar. Tadi I isi minyak kat Petronas, konon nak jalan-jalan lepas tue. Bila time nak keluar tetiba keta depan I reverse tak tengok orang.... budak pompuan. Dia bawa pakcik jumpa ayah dia. Tengah bawa workshop, tengok berapa harga. Tapi rancang nak buat hari Sabtu ni.

Ayahanda : (mode die dah nak berubah)... Dah tue... keta teruk tak..?

Pakcik : Bumper pecah, bonet kemek sikit tp syuklurlah tak pecah lampu keta. Tapi saya oklah.. takde ape-ape.

Ayahanda : Cakap dekat orang tue, "Bapa saya polis. Kita kena buat polis report" Awak tue jangan kalah bulu dengan orang (pakcik dah byk berubah daddy oi. Takkan selama-lama pakcik naif je). Ko kena buat polis report, bukan untuk apa untuk keselamatan ko jugak. Nanti budak pompuan tu cakap ko nak rogol die, dia koyakkan baju dia cakap awak yang nak apa-apakan dia (oh daddy!! Pakcik feeling antara nak tergelak. My daddy memang jenis over thinking and exaggerate, plus super emo). Cakap kat dia, "Ayah saya polis tue." Jangan kena tipu...

Pakcik : Iyelah...

Ayahanda : Nanti kalau apa-apa bagitau.

Pakcik pun kena bagitau Kakak dan abang ku.... Takut kena tambah kicap pulak cerita aku...