Cinta Tropicale Colmar - Sakit Sayang?

Tropicale Colmar Entrance

Pakcik berangan nak ke Perancis semenjak belajar Bahasa Perancis masa ambik 3rd Language dulu, zaman UiTM. Tapi apakan daya pakcik, nak ke Perancis tu bukan macam nak KL. Belanja pun sama gaji aku setahun. Disebabkan oleh angan-angan tak sampai tu, Pakcik dan rakan-rakan (termakan 'hasutan') buat planning ke tempat yang ala-ala Perancis. Tapi kat Malaysia je, Tropicale Colmar, Bukit Tinggi, Pahang.

Siap planning sapa yang nak ikut, pukul berapa nak berangkat dan berapa belanja nak ke sana. Kira-kira merangkap Koordinator Agen Pelancongan jugak aku merancang. Tanya sini, tanya sana. "Jauh tak nak ke sana?" "Berapa tol?" "kalau dari Shah Alam macam mana?" Begituah persoalan pakcik dengan teman-teman. Nilah kali pertama aku pergi jauh dari KL dan buat plan sendiri. Selalu dengan big group. Dalam hati tu, like orang putih said, "No matter what happen, this plan mesti jadi". Maka 15 Februari 2011, sempena cuti umum, Maulidur Rasul di pilih sebagai hari bertuah. Perancis made in Malaysia, here we go!!

Sedut ntah dari mana

Pagi 15 Februari 2011

Keluar rumah dalam 9 lebih pagi. Tangki minyak pakcik dah kuning. Kena isilah. Kalau tak pakcik terus koma sebab tak sampai-sampai. Stesen minyak terdekat "Petronas Seksyen 7" sebelah UNISEL. Ntah kenapa tu jugak yang dipilih, padahal nak ke YOF House pakcik kena berpusing-pusing, kalau dari stesen minyak tu lah.

Isi minyak RM40.00, bajet macam nak Kuantan pulak. Dengan hati yang gumbira, pakcik setat enjin keta dan planning nak ikut jalan Highway Federal nak ke YOF House, since situ yang dekat. dan nak buat u-turn sebab nak isi angin tayar. Gerak cantek dari parking isi minyak, tak sampai 15 saat, keta datang dari mana 'mencium' keta aku. Eh... apasal nie? Mimpi November 2009 pakcik berulang lagi ke?

Suka sangat keta-keta nie 'cium' depan keta aku... Hai apalah nasib kau depan keta.

Dalam keadaan blur dan cuba untuk memproses ataupun mendigest situasi itu. Tiba-tiba keluar si senah.

Senah : Abang tak ape-ape kan? Keta abang tak ape-ape kan?
Pakcik : Reserve sampai tak nampak orang ke?
Senah : Sori bang, sori bang. Takde ape-ape tue (dalam hati pakcik "mesti tak ade ape2 sebab tak kuat)

Pakcik keluar tengok keta dia yang ade bekas putih kat bahagian bucu keta dia. Tak teruk...

Atas dasar tak puas hati, pakcik nak juga check condition keta pakcik. Datang pulak sebuah lori minyak dari arah belakang yang nak keluar dan menghon kami. Kejadian berlaku dalam kompuan stesen minyak.

Pakcik pun parking tepi dan keluar dari keta. Alangkah pakcik terkedu. Cinta pakcik pecah bumper, bonet kemek dan hati remuk. Dahsyat jugak si senah langgar aku. Dasar keta Proton Waja yang tinggi langgar Perodua Kancil yang ketot.

Pakcik : (geleng2 kepala sambil tengok bumper pakcik) Dalam hati "baru aku tukar tahun lepas, kiut lagi. Dah kena langgar". Ni kena report polis nie... Teruk kereta aku

( I know my right, ok. Kalau kita langgar keta orang depan, memang kita yang salah, walaupun orang tue tiba-tiba stop. Tetapi dlm situasi orang tu masuk laluan kita tanpa sebarang signal dan kita tak sempat mengelak. Dia yang salah. So si senah yang reverse time aku keluar dan aku tak sempat mengelak maka dia yang salah. Pakcik rasa dia tak nampak mungkin faktor bilnd spot). Pakcik tenangkan perasaan dan process dengan cepat apa yang berlaku.

Senah : (muka dah nak menangis) Jangan bang, jangan bang. I sanggup bayar berape asal abang tak report polis. Tolong abang.
Pakcik : Tak boleh macam nie... macam mana nak claim kalau tak buat report polis. Keta saya teruk. Yang awak main reverse tak tengok orang apasal? (Pakcik langsung tak marah) Ni planning nak jalan2. Dah jadi macam nie....
Senah : Sori bang, sori bang... jangan report polis.
Pakcik : Kenapa awak takut saya nak report polis? (hairan jugak)
Senah : Saya lesen P lagi bang. Tinggal berapa bulan lagi... Abang cakap aje berapa...asal jangan report polis.
Pakcik : Saya tak tau berapa harga nie? Bagi saya nombor handphone awak?
Senah : 01..........
Pakcik : Nama sapa?
Senah : Suraya...
Pakcik : Apasalah ko reverse tak nampak orang....
Suraya : Sori bang sori bang.... Abang boleh settle dengan my parents. Rumah I dekat sini je...
Pakcik : Betul?
Suraya : Betul bang... kat Seksyen 7 je. Abang follow I...
Pakcik : Ok.. jangan lari... (Suraya mengangguk)

Pakcik pun follow si Suraya ke rumah parents dia yang memang tak jauh dari stesen Petronas tu.

I parking depan keta dia. Si Suraya masuk rumah panggil parents dia. Pakcik ambil time snap gambar ape yang patut. Niat hati, memang nak settle cara baik. Tak Nak report polis.

Lepas tue mak die keluar....

Mak : Dia keluar sekejap je pegi beli bende.... Sekejap ye ayah dia dah nak keluar tue...

Dekat 5 minit jugaklah...

Ayah : (Mate terkebil-kebil tengok keta aku) Macam mane boleh jadi nie?

Pakcik pun explain balik....

Ayah : Benda dah nak jadi macam mana...? Saya bawa awak pergi workshop kat Seksyen 7 tue. Dekat ICT. Tau mana?

Pakcik : Saya tau, yang dekat simpang nak masuk ICT tue...

Ayah : Rumah mana?

Pakcik : Seksyen 7 tue. Nie merancang nak jalan- jalan. Jadi pulak macam nie..

Ayah : Benda dah nak jadi... Ikut saya dari belakang.

Workshop Seksyen 7

Ayah : Tengok keta nie.. berapa lama nak repair nie? Berapa harga?

Orang workshop : Keta banyak hari nie... Nak makan dua hari jugak nie... (2 hari lama tue. Macam mana aku nak pegi keja)

Orang workshop : Harga semua nie termasuk yang cat dan repair bonet yang kemek, 460.

Pakcik : Termasuk dengan labour cost tau....

Ayah : Termasuklah tue....

Pakcik : Saya tak dapat repair hari nie. Saya hal penting nak buat (Tropicale Colmar). Lagipun kalau nak repair jugak hari ini saya takde kenderaan nak pergi keje. Apa kata kalau kita buat hari Sabtu nie?

Orang workshop : Boleh. Tapi kena hantar awallah... Kita buat sapa yang hantar dulu.

Pakcik : Bagi nombor handphone awak... Sini mahallah.. dekat seksyen 25 sane lagi murah. Nanti sabtu kita jumpa dekat Stesen Petronas tue... Pukul 8.30 pagi. Nanti saya call balik.

Pakcik : Ok. Kita jumpa sana.... (salam tangan)

Itulah cerita cinta pakcik. Tak abis-abis kena 'kiss'. Syukur jugak ko kancil... kalau Vios, boleh tangkap leleh nie.

Operasi Tropicale Colmar jadi ke tidak? Mood nie mantap lagi ke tidak? Apa cerita dengan cinta pakcik? Esok-esoklah ye...


Pecah muke die... Bonet tue kemek sikit

Kete dia sebelah kiri. Takde ape pon.. Calar sikit je... tak effect pon

Snap-snap depan rumah die... Jangan nangis tau...

Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

PRAY FOR THE HEALING WATERS

Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)