Posts

Showing posts from September, 2009

Program Praise & Worship Training (September 19, 2009)

Image
Cuti raya kali ni memang pack... tapi seronok. Orang sibuk bercuti, Nothing Is Impossible sibuk mengurus apa yang patut dan menyertai beberapa program yang telah dirancang terlebih dahulu ( here ). Training kali ni memang fun, informative dan a great occasion to know everybody. Ps. Salifiah with her fun sermon...in talkative mode... wakakaka "Saya ada satu cerita.. Sebab saya suka bercerita" Dengar jaklah kita nie... Sampai putus ba gitar saya ni.. Dasyat khotbah Ps. Salifiah nie "Kita buat2 dengar dan sengium jak"

Kura-kura Betul...

Image
Sakit jiwa dengan internet hari ini... Nothing Is Impossible rasa kecewa dengan talian internet hari ini, macam kura-kura yang disuruh berjalan dari Padang Jawa sampai ke Seksyen 7 , terhenjut-henjut!! Mencabar jiwa dan raga.... Ada yang tau kenapa?

Cerita Tentang IMAN

Image
Cute little Faith This dog was born on Christmas Eve in the year 2002. He was born with 2 legs - He of course could not walk when he was born. Even his mother did not want him. His first owner also did not think that he could survive and he was thinking of 'putting him to sleep'. But then, his present owner, Jude Stringfellow, met him and wanted to take care of him. She became determined to teach and train this little dog to walk by herself. She named him 'Faith'. Anjing ini dilahirkan pada malam Krismas pada tahun 2002. Dia dilahirkan dengan hanya 2 kaki - sudah pasti anjing ini tidak dapat berjalan ketika dilahirkan. Ibu kepada anjing tersebut juga tidak mahu akannya. Malah pemilik pertama anjing ini juga beranggapan bahawa anjing tersebut tidak akan mampu hidup dan pernah terfifir untuk menamatkan hidupnya. Tetapi, pemiliknya yang sekarang, Jude Stringfellow, dipertemukan dengannya dan ingin menjaganya. Pemiliknya bersungguh untuk mendidik dan melatih anjing kecil i...

Remembering The Old Days...

Remember the good old days of X4JC's performances all around Peninsular Malaysia, certain part of Jakarta, Indonesia and Miri. Nothing Is Impossible enjoyed working together with the rest of team members and witnessing life changing journey... Wish we have the opportunity to reunite and glorify His name through X4JC Illuminate Hosanna Tangerang, Jakarta, Indonesia

G-String.. Phewitt!! (September 18, 2009)

Image
Sepatutnya Nothing Is Impossible makan malam di Asia cafe, Subang Jaya bersama Andy & Henry untuk merasmikan TV flat screen yang baru dibeli... bukan aku.. mereka tu. Disebabkan traffic jam yang sangat luarbiasa (yelah.. cuti raya kan dah nak dekat) mencari ilham untuk beriadah.Tengok movielah apalagi... Aku sms semua nama yang timbul dalam benak fikiran ku..... "Nak tengok wayang tak..?"... SMS ku berbalas...""Sebenarnya kami dah beli tiket wayang , nak tengok wayang di Bukit Raja (Klang). 12 orang semua..." Amboi ramainya... "Cerita apa?" "G-Force!! Show pukul 11.20. Ikutlah kami Jim." Segan pulaklah aku.. semuanya belia-belia.. aku ikut.. aku pulak jadi baliau (orang tua) "Tengoklah nanti..." Akhirnya aku pun ikut mereka tengok wayang...Tapi aku duduk berjauhan daripada mereka. G-Force cerita Walt Disney.. paham2 jelah...Tak payah sakit-sakit kepala nak fikir maksud yang tersirat dan tersurat.. Jelas... Tapi terasa cerita n...

Pose... pose... pose... (September 17, 2009)

Image
Sebelum raya nak mula pada 20 September, sempat jugaklah orang-orang kat ofis aku berposing untuk buat kad raya siber. Lokasi dah menarik, kamera pulak dalam genggaman, apalagi.. Oi kawan-kawan, kita tangkap gambar menarik!! Dengan tema hiasan ala-ala Kampung Baru, Nothing Is Impossible menggunakan segala kepakaran mengarah mereka berposing.... Puan Ita berposing dengan kuih raya yang dipinjam sekejap sebagai prop. Nak cuba rasa, tetapi tak dibenarkan, sebab bulan puasa... sabar2 Encik Kamarul dengan posing mencangkung kat rumah orang Encik Akmal, Encik Nasri, Puan Yong & Puan Ita.. dalam lif pun korang posing jugak yer...

ExploGrace '09 (September 07, 2009)

Image
Tak pernah aku rasa terseksa berjalan kaki. Umpama pelarian yang terpaksa melarikan diri dari peperangan dan merempuh onak dan duri untuk sampai ke destinasi yang selamat. Bezanya kami tak pergi berperang dengan musuh disamping letupan bom, peluru sesat, kereta kebal, kapal terbang dan yang sewaktu dengannya. Perjalanan yang sangat panjang dan tanpa disangka-sangka kami berjaya menempuh kesukaran tersebut. Kalau ada pengalaman lain yang hebat tak sehebat pengalaman yang satu ni . Mana tak hebat kalau terpaksa berjalan kaki semata-mata untuk berjimat. Niat dalam hati memang nak menang, tapi suratan takdir (ayat..) yang menentukan kami untuk menerima hakikat. Sebelum hari kejadian, Nothing Is Impossible mengusik penganjur dengan mendaftarkan diri untuk ikut serta menjadi peserta. Dalam hati, "Malaslah aku nak join." (Jangan marah penganjur). Ehem ehem... aku melantik diri menjadi photographer yang tak bertauliah. Saja-saja untuk mendapatkan bahan untuk 'santapan' pem...