Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, July 22, 2012

Best Blog Tips
My student from Borneo Students Society (BSS) conducted an event, "Majlis Penutupan Pesta Gawai & Kaamatan" last Friday, 20th July 2012 at Annexe Hall, UMTECH. 

As club's advisor, it is my duty to ensure the programme meet the objectives of the BSS existence. Thought this event was simple, plus with limited sources and man power, they manage to pull crowd. I am proud of them and will take the responsible for any shortcoming that occurred during the event.

I received good responses from crowd as they enjoy the event and especially the food.
Me during my opening speech
Familiar faces amongst the corwd



As symbol of opening ceremony

Received token of appreciation from BSS President, Mr Domoninc Tunchat.
Rajang Be'uh performed by BSS AJKs

Mr Brian Cheong President of  USCA on my right

My speech

SALAM SEJAHTERA, SALAM PERSAHABATAN DAN SALAM 1 BORNEO

AHLI-AHLI JAWATAN KUASA BORNEO STUDENT SOCIETY (BSS)

AHLI-HALI JAWATAN KUASA EDUCATORS CLUB

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN

1.  TERLEBIH DAHULU, SAYA INGIN MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN SAUDARA DAN SAUDARI YANG DATANG DARI NEGERI SARAWAK BUMI KENYALANG DAN NEGERI SABAH DI BAWAH BAYU SERTA RAKAN-RAKAN KITA YANG DATANG DARI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA, BAIK PELAJAR MAHUPUN BUKAN PELAJAR DI UNIRAZAK ATAUPUN UMTECH. KAMI SANGAT BERBESAR HATI KERANA ANDA SUDI KE MAJLIS PENUTUPAN PESTA GAWAI & KAAMATAN 2012 YANG SERBA SEDERHANA DAN RINGKAS INI.


SAUDARA DAN SAUDARI SEKALIAN

2.   NEGARA MALAYSIA, KHUSUSNYA NEGERI SARAWAK DAN SABAH SANGAT DI KENALI DENGAN KEPELBAGAIAN KAUM, BUDAYA DAN ADAT RESAM. PERPADUAN YANG TERJALIN DI ANTARA WARGA BERBILANG KAUM ADALAH RESEPI UTAMA KEPADA KEJAYAAN MALAYSIA MEMPERTAHANKAN KEMERDEKAANNYA. PERPADUAN ADALAH PERKARA PENTING SETIAP NEGARA-BANGSA YANG BEBAS DAN BERDAULAT. IA BUKAN SEKADAR SUATU PERLEMBANGAAN, TETAPI BERUPAYA MENCETUSKAN KEHARMONIAN SOSIAL, KESTABILAN POLITIK DAN PERTUMBUHAN EKONOMI.


3.  DI NEGERI SARAWAK SAHAJA TERDAPAT LEBIH KURANG 28 KUMPULAN ETNIK PERIBUMI. YANG TERDIRI DARIPADA TIGA ETNIK UTAMA, SUKU KAUM IBAN, ORANG ULU DAN BIDAYUH. DAN SAYA SENDIRI MEWAKILI SUKU TERBESAR SARAWAK, IAITU SUKU IBAN. MANAKALA NEGERI SABAH PULA MEMPUNYAI 32 SUKU KAUM PERIBUMI. KAUM ETNIK YANG TERBESAR ADALAH KADAZANDUSUN, BAJAU DAN MURUT. KADAZANDUSUN ADALAH KUMPULAN ETNIK TERBESAR DI SABAH.

4.   BUAT PENGETAHUAN SAUDARA DAN SAUDARI, HARI GAWAI DI SARAWAK DISAMBUT PADA 1 JUN, MANAKALA PERAYAAN TADAU KAAMATAN DI RAYAKAN PADA 31 MEI DI SABAH. KEDUA-DUA ACARA INI DISAMBUT BAGI MENANDAKAN BERAKHIRNYA MUSIM PENUAIAN PADI HUMA MAHUPUN PADI BUKIT. PELBAGAI ACARA TRADISIONAL DIADAKAN BAGI MEMERIAHKAN PERAYAAN TERSEBUT. ACARA NGILING BIDAI ATAU PENUTUPAN PESTA GAWAI KAAMATAN INI ADALAH ACARA PENUTUPAN YANG BERAKHIR PADA 30 JUN LALU. DAN MENJADI SIMBOLIK KEPADA PERMULAANYA, CYCLE PENANAMAN PADI YANG BARU.

5. MARI KITA JADIKAN ACARA INI SEBAGAI FLATFORM, BUKAN SAHAJA SEBAGAI ACARA MENGENALI BUDAYA KAUM-KAUM YANG LAIN, TETAPI JADIKANLAH KESEMPATAN YANG TERBAIK UNTUK KITA MENGERATKAN LAGI SEMANGAT PERPADUAN, PERSAUDARAAN DAN KEHARMONIAN DALAM KALANGAN RAKYAT PELBAGAI KAUM DAN ETNIK, MENERUSI KEUNIKAN ADAT DAN BUDAYA TEMPATAN.

6. SEKIRANYA BERLAKU PERBEZAAN PENDAPAT, IA AKAN DISELESAIKAN SECARA AMAN MELALUI SIKAP BERTOLAK ANSUR DAN HORMAT-MENGHORMATI ANTARA KAUM. INILAH YANG MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG UNIK DAN BERBEZA DARIPADA NEGARA-NEGARA LAIN DI DUNIA.

7  OLEH ITU, MARILAH KITA MENCARI TITIK PERSAMAAN YANG ADA DIANTARA BUDAYA-BUDAYA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA. SEBAGAI CONTOH, BUDAYA MENGHORMATI ORANG TUA SERTA KAUM LAIN, KUNJUNG-MENGUNJUNGI RUMAH RAKAN TAULAN DAN BANYAK LAGI. INILAH YANG MENJADI TUNJANG KEPADA BUDAYA MALAYSIA YANG HARMONI DAN BERTOLENRANSI. MARI KITA MEMPERTAHANKAN BUDAYA BANGSA KITA UNTUK GENERASI MALAYSIA YANG BARU.

SEBELUM SAYA MENGAKHIRI UCAPAPAN, IZIN SAYA MENYAMPAIKAN BEBERAPA RANGKAP PANTUN,

DARI SARAWAK INGIN KE SABAH
JENGUK-JENGUK SUMANDAK DUSUN
GAWAI KAAMATAN BERAKHIR SUDAH
SEPULUH JARI RAPAT DISUSUN

JENGUK-JENGUK SUMANDAK DUSUN
TANAKWAGU HENSEM JELES SEMUA
SEPULUH JARI RAPAT DISUSUN
SAHABAT MUSLIMIN, ESOK PUASA!

TANAKWAGU HEMSEM JELES SEMUA
GADIS IBAN MENAWAN JIWA
SAHABAT MUSLIMIN, ESOK PUASA!
NANTI RAYA JEMPUT KAMI YA.

SEKIAN. THANK YOU. ROMBA NANDRI. SIE-SIE DAN TERIMA KASIH.