'Favor' True Worshipers - Review

Sudah memiliki album Favor terbitan JPCC oleh True Worshipers? Bagi yang belum, anda past teruja untuk mendapatkannya di kedai yang berdekatan. 

True Worshipers mengangkat tema FAVOR yang diambil dari Mazmur 90:17/ Psalm 90:17 - May the favor of the Lord our God rest upon us; establish the work of our hands for us--yes, establish the work of our hands. Favor yang bermaksud "Anuegerah Tuhan".


True Worshipers pada kali ini menampilkan muzik orkestra. Penggunaan pemuzik orkestra sudah pun digunapakai semenjak album Konsert Solo Sidney Mohede dan Konsert Solo Sari Simorangkir. Bagi aku,  muzik orkestra memberikan impak yang sangat mendalam Selain itu, TW juga turut memuatkan elemen urban techno/ club mix yang menjadi nadi kepada beberapa judul lagu, seperti 'Open The Sky' - Trek 3, 'Oh The Wonder of Your Love' - Trek 5 yang sesuai untuk golongan belia. Walaubagaimanapun pemberat muziknya bukan pada elemen tersebut tetapi mesej lirik yang mendalam. Anda tidak akan mendengar dan merasa seperti berada pada sebuah club.

Pada aku, aku cukup suka dengan Trek pertama. Satu ayat yang boleh aku pakai untuk menggambarkan trek tersebut, SPEKTAKULER!!

Trek-trek berikut aku anggap sebagai sukses kerana berjaya melekat pada jiwa aku:

Trek 7 - Kau Yang Layak
Trek 12 - Jesus It Is You
Trek 13 - Favor

Kali ini, nama besar industri album rohani tidak terlibat seperti biasa; Ruth Sahanaya. Singers dari Youth True Worshipers sudah diangkat menyertai senior.




Album ini juga boleh dimuat turun menggunakan aplikasi iTunes.

Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

PRAY FOR THE HEALING WATERS

Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)