Rumah Sewa Seksyen 24, Shah Alam
Segala ucapan syukur ku hanya bagi Yesus. Semua yang terbaik datang tepat pada waktuNya. Sesuai dengan doa dan iman kita.
Semalam aku berkesempatan untuk melihat sebuah rumah sewa yang kosong di Seksyen 24, Shah Alam, sejurus pulang dari tempat kerja. Agak tertekan juga mencari rumah sewa di sekitar Shah Alam sekarang. Bayangkanlah kebanyakan rumah di Shah Alam disewa oleh pelajar-pelajar dan sekarang UiTM masih lagi di tengah semester.
Banyak juga iklan-iklan kosong yang aku hubungi telah pun diduduki dan ditolak atas beberapa sebab tertentu dan ada juga melebihi kemampuan aku dan rakan-rakan.
Berhampiran Pusat Komersil Seksyen 18, Pasaraya Giant, Ole-Ole, Mydin, bank, gerai makan dan bersebelahan dengan SMK Seksyen 24.
Keluasan rumah hanya sekitar 590 kaki persegi atau 54.81 meter persegi. Jauh lebih kecil dari rumah yang aku duduki sekarang, yang sekitar 650 kaki persegi. Memiliki 3 bilik tidur yang kalau dibandingkan dengan rumah sewa aku sekarang jauh lebih besar. Ruang tamu agak kecil tapi selesa. Layout rumah tu saling tak tumpah macam rumah flat di Seksyen 7, Blok 16. Cuma lantainya tail dan bukan marmar. Ruangan dapur pun agak kecil dan memanjang. Tempat sidai yang paling mengejut, kalau diletakkan washing machine, memang sekadar muat. Harus fikirkan cara yg sesuai untuk menyidai baju.
Masuk saja ke rumah, akan berhadapan dengan ruangan yang agak selesa untuk rak kasut dan akan menghadapi ruangan dapur. Rumah aku lihat agak bersih. Kawsan kejiranan pun senyap berbanding Seksyen 7 yang hiruk-pikuk. Tempat parkir kereta memang best, tak perlu aku tolak-tolak kereta orang setiap pagi disebabkan double parking. Kenderaan awam ataupun kemudahan kenderaan awam agk musykil bagi saya. Maklumlah pergi jenguk rumah pun malam hari.
View menghadap ke jalan besar.
Blok 79, Tingkat 3 dan pemiliknya adalah Mrs Wong.
Terima kasih buat teman-teman yang banyak membantu disaat yang sukar ini. Banyak yang mendoakan dan mencari, malah sampai mereka sendiri yang pergi buat inspection ke rumah-rumah yang menajdi potensi. Ada yang menawarkan rumah sendiri sebagi rumah sewa dan ada yang menawarkan rumah sendiri untuk meletakan barang-barang sekiranya tak dapat rumah dalam masa yang telah ditentukan.
Current development: Petang Sabtu ini, saya dan sahabat akan membuat inspection dan berjumpa tuan rumah. Kalau majoriti bersetuju untuk mendapatkan rumah ini, langkah seterusnya adalah packing barang-barang, mendapatkan lori, kerahan-kerahan tenaga mengangkat barang, mengemaskan rumah baru, memotong ASTRO dan berbincang dengan tuan rumah yang lama. Harap dapat berpindah awal bulan mei ini. Doakanlah agar semua lancar. Kalau majoriti tak bersetuju, maka kena usaha lagi mencari dan expand horizon yang baru. Kemungkinan ke daerah Subang. Tarikh akhir di rumah sekarang adalah sehingga hujung bulan Jun. Tetap juga di tengah semester.
Gambar-gambar yang saya ambil dari Google images
Tingkat Tigalah rumah yang berpotensi itu |
Sekarang cat rumah ni dah lain. |
Saiz tandas sama macam Blok 16, Seksyen 7 |
Inilah saiz sebenar bilik mandi. kalau mandi berdua memang tak cukup. Hehheeheee |
Ruangan dapur yang agak kecil. Tapi rumah yang saya lihat semalam ada table top conrete. Macamlah rajin sangat masak |
Yang ditanda merah tu temptanya |