Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)





Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship”

Disediakan oleh: Pastor Yuli Melia








PENGENALAN

Pengertian PRAISE AND WORSHIP

PRAISE : Suatu pernyataan dan ekspresi yang hangat, penuh sukacita dan kekaguman kepada Allah yang digambarkan dengan berbagai cara.

Terdapat 3 cara untuk kita memuji Tuhan:


i. Dengan suara kita

-Singing (bernyanyi)

-Shouting (bersorak)

-Speaking (berkata-kata)


ii. Dengan tangan kita

-Lifting (mengangkat tangan)

-Clapping (bertepuk tangan)

-Playing music (bermain music)


iii. Dengan tubuh/sikap tubuh

-Dancing (menari)

-Standing (berdiri)

-Bowing/ kneeling (sujud)

-Jumping (lompat)


Dalam Alkitab BAHASA IBRANI:


PUJIAN:

HALAL = Mengekspresikan Pujian pada Allah “seperti orang gila”

(Maz. 22:23)

TEHILAH = Menyanyikan nyanyian mazmur secara spontan

(Maz. 22:4)


WORSHIP :

“Suatu ekspresi yang penuh kasih dari seluruh keberadaan kita (tubuh, jiwa, roh) kepada Allah”.


Dalam Alkitab BAHASA YUNANI:

  • LATREUO = Melayani Tuhan.

(Contoh : Maria)

  • PROSKUNEO = Duduk di kaki Yesus, mendengarkan Tuhan berbicara

(seperti seekor anjing yang menjilat tangan tuannya)



Kesimpulan :

Menjadi seorang Worshipper, ertinya seorang peribadi yang menyembah Bapa dalam Roh dan Kebenaran.


Kriteria Seorang Pemimpin Pujian

Untuk menjadi seorang pemimpin pujian dan penyembahan, vokal yang hebat sahaja tidak memadai. Banyak lagi kriteria-kriteria lain yang perlu diambil kira. Berikut adalah kriteria-kriteria penting untuk menjadi seorang pemimpin pujian dan penyembahan:


  1. Memiliki vokal yang baik

Memiliki vokal yang baik sangat penting di dalam penyembahan. Mungkin anda tidak mempunyai vokal yang hebat, tetapi harus sering latihan dan belajar teknik-teknik yang boleh membantu di dalam nyanyian.


  1. Memiliki pengetahuan tentang muzik

Pemimpin pujian harus memiliki pengetahuan tentang muzik, minimal nada-nada muzik dan bahasa isyarat untuk setiap nada.


  1. Kemampuan berkomunikasi dengan baik

Pemimpin pujian bukan sahaja bernyanyi tetapi juga sebagai seorang pemimpin/ leader yang memimpin jemaat untuk menyembah Tuhan. Kriteria ini boleh dibentuk dengan melakukan banyak latihan. Harus bijak menggunakan kata-kata dan mengelak daripada terus menggunakan kata-kata yang sama setiap kali melayani. Sebagi contoh; Minggu ini, anda memilih untuk menggunakan kata-kata seperti,” Shalom, saudara yang dikasihi Tuhan. Firman Tuhan menyatakan, jika dua atau tiga orang berkumpul di dalam nama Tuhan…”, elakkan daripada menggunakan kata-kata yang sama untuk minggu berikutnya. Kata-kata harus dikembangkan.


Komunikasi sesama ahli kumpulan juga boleh membantu melancarkan pujian dan penyembahan. Sebagai contoh; sekiranya pemain bass melakukan kesilapan bermain nada, jangan tertawa, sebaliknya melakukan isyarat untuk dia membetulkan nadanya. Peranan ini boleh diambil oleh ketua muzik.


  1. Mampu bekerjasama dengan baik bersama ahli yang lain

Harus mempunyai kesatuan sebagai tim muzik. Kesatuan akan membentuk unity.


  1. Berpenampilan baik

Pemimpin pujian haruslah menjaga tingkahlaku dan kesaksian bukan sahaja di atas mimbar mahupun di dalam gereja tetapi juga di luar kelompok gereja. Bagaimana kita mahu membawa impak kepada jemaat sekiranya hidup kita sahaja tidak benar dihadapan Tuhan. Sebagai contoh, merokok, mabuk dll.


  1. Harus kreatif

Pemimpin pujian harus kreatif untuk mempelbagaikan pujian dan penyembahannya. Janganlah memiliki sikap yang tidak mahu berubah. Sebagai contoh: dalam sepuluh tahun, pemimpin pujian langsung tidak berubah. Bentuk penyampaian sentiasa sama boleh menyebabkan suasana menjadi bosan dan hambar.


  1. Rajin membuat latihan

Sebagai pemimpin pujian dan penyembahan, latihan tidak boleh dielakan. Latihan vokal, komunikasi dan pergerakan yang kerap boleh membantu mengelakan stage frigth dan meningkatkan keyakinan anda.


  1. Menguasai banyak lagu

Dalam sepuluh tahun anda memimpin, anda sering memainkan lagu yang sama sahaja, malah tiada usaha untuk belajar lagu-lagu baru. Pemimpin P & P harus mempunyai sikap belajar menguasai banyak lagu. Begitu juga pemain muzik.


Sewaktu alter call, sekiranya anda mendapat hikmat untuk menukar lagu mahupun memulai lagu berbeza. Terlebih dahulu pastikan bersama ketua muzik untuk mengenalpasti sama ada mereka tahu lagu tersebut atau tidak. Jangan terus memulaikan lagu baru tanpa berkomunikasi dahulu dengan mereka.


  1. Mengenai asal-usul sebuah lagu

Kita mungkin mendengar lagu baru daripada seseorang mahupun di gereja lain. Tidak salah untuk meniru lagu tersebut dengan mendengar secara fonetik. Tetapi pastikan bait-bait lagu tersebut betul seperti yang ditulis oleh penulis asal. Kita harus memberikan penghormatan bagi komposer yang bersusah payah mencipta lagu tersebut.


Kita harus menyelidiki maksud setiap bait yang ditulis kerana khuatir apa yang disampaikan berbeza daripada yang ditulis.


  1. Persiapan secara fizikal

Berdandanlah. Pakailah pakaian yang rapi, rujuk tatacara yang telah ditetapkan oleh Majlis Gereja.


Bagi pria, elakkanlah menggunakan pakaian yang menggambarkan anda seperti wanita. Pakailah pakaian yang sesuai.


Wanita, janganlah menggunakan pakaian seperti skirt singkat, gunalah skirt yang labuh. Pakaian seperti t-shirt tidak berkolar dan singkat juga boleh membataskan pergerakan anda dan menyebabkan jemaat terfokus kepada lebihan daging yang terkeluar. Gunalah make-up, hanya orang sakit sahaja tidak dapat memimpin kerana muka atau wajah mereka sakit. Tidak salah mengenakan sedikit lipstick mahupun makeup.


  1. Mempunyai sikap mahu belajar dan diajar

Milikilah hati yang sentiasa ingin belajar dan diajarkan. Sekiranya anda merasakan tidak perlu lagi latihan, maka itulah tandanya hati anda mahupun pelayanan anda sudah semakin kering.


  1. Kerendahan hati

Pemimpin pujian dan penyembahan adalah individu yang mudah diserang oleh iblis. Janganlah kita menjadi seperti Lucifer yang jatuh kerana kesombongannya. Sekiranya kita mendapat pujian, kita belajarlah merendahankan hati terhadap pujian.


Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

The Truth About Rhea Arella ; The Journey of An Amazing Worshipper