Unitar 9th Convocation (October 31, 2009)
Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, Nothing Is Imposible melibatkan diri di dalam acara paling berprestij bagi kalendar Universiti Tun Abdul Razak. Sempena konvokesyen Universiti Tun Abdul Razak yang Ke-9, Nothing Is Impossible bersama team-team yang lain membuat perancangan rapi bagi memastikan program berjalan lancar, biarpun ada banyak perubahan telah dilakukan olejh peihak pengurusan.
Pelajar diletakan di dewan yang berasingan, manakala ibubapa diletakan di dewan utama, keadaan ini amat menyukarkan team kami yang kekurangan anggota untuk mengawal pelajar-pelajar yang sering keluar masuk daripada dewan tersebut untuk perkara-perkara yang tidak munasabah sehingga menggangu kelancaran aturcara. Terpaksalah Nothing Is Impossible bersama rakan-rakan menjerit sekuat hati agar memastikan semua pelajar patuh dengan protokol. Yang lemah lembut pun terpaksa menyinga.
Di tambah dengan kepanatan, disebabkan tidak tidur semalaman untuk melakukan tugas tagging yang agak kelam kabut (pihak pengurusan tidak menepati janji kerana pada asalnya mereka menetapkan 11.30 malam. Tetapi berlarutan sampai pukul 4 pagi) Disebabkan kelewatan itulah kami terpaksa menggadaikan waktu tidur dan hanya balik ke hotel untuk mandi dan turun semula ke PICC pada pukul 6.30.
Kepenatan, mengantuk, marah kerana ketidakcekapan beberapa pihak memaksa kami menggunakan apa cara sekali pun memastikan program tersebut habis sebelum mahupun tepat pada waktunya.
Akhirnya, team kami dipuji oleh beberapa orang kenamaan yang begitu teruja dengan kelancaran aturcara tersebut.

Pagi 31 Oktober (3 pagi kot) tu kami sibuk menyusun pelajar mengikut program, setelah kami menerima jumlah mutahir pelajar
Dengan mood yang menghilang, panas yang membara dan mata yang nak terkatup nilah jelah posing mampu kami buat