Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 05, 2009

Super Dude Ku Masuk Hospital

Best Blog Tips
Sabtu lepas (Oktober 31, 2009) Nothing Is Impossible mengalami kemalangan yang menyebabkan Super Dude cedera di bahagian hadapan. Sedih jugak Nothing Is Impossible melihat condition Super Dude yang selama ini dijaga rapi.

Macam mana Nothing Is Impossible menyebabkan Super Dude cedera? Kisahnya begini, sewaktu pulang daripada tugasan di PICC, Putrajaya untuk Konvokesyen Unitar yang ke-9, Nothing Is Impossible rasa sangat mengantuk disebabkan Team Procession (Usherette) tidak tidur. Team kami terpaksa berhempas pulas untuk menyelesaikan segala tugasan, masalah tidak terjangka dan juga kesiapan yang dilakukan oleh unit lain. Kami tidak berehat dan tidur sehingga pukul 5.30 pagi dan hanya pulang ke hotel untuk mandi dan bersiap bagi acara konvokesyen yang bermula pada pukul 7.00 pagi. Kami semakin penat bila terpaksa mengurus ibubapa (bukan tugas kami) dan graduan-graduan yang ribut dan sukar dikawal.

Pulang dengan kepenatan telah menyumbangkan kejadian kemalangan berlaku. Dalam fikiran Nothing Is Impossible sewaktu itu adalah "Biar aku pulang dan tidur." Badan yang letih dan mata yang mengantuk memaksa Nothing Is Impossible berhenti untuk istirehat di kawasan Puchong dan berehat selama 15 minit. Kemudian pemanduan diteruskan semula ke arah Bandaraya Shah Alam.

Entah bagaimana, pada pukul 3.15 petang di KM11.80 Federal Highway, Nothing Is Imposible terlelap di dalam pemanduan 100KM/sejam di lorong tengah berdentum dengan kuat. Tiba-tiba kereta berdentum dengan kuat menyebabkan Nothing Is Impossible terjaga dan mengambil masa 30 saat untuk kembali ke alam nyata. "Aku langgar orang ya?" Nothing Is Impossible dalam keadaan mamai menyedari sebuah kenderaan Mazda keluaran 1979 yang keras badannya dilanggar di bahagian belakang.

Kerata Mazda tersebut yang dipandu oleh Uncle yang berusia 70 tahun memarkirkan keretanya ke tepi. Nothing Is Impossible keluar daripada kereta dan memerhatikan kondisi kenderaan yang parah. "Awak tengok kereta awak, kereta saya macam mana?" kata uncle berketurunan India tersebut.

Pendek cerita.. petang yang sepatutnya untuk istirehat terpaksa dihabiskan di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam untuk menyelesaikan laporan dan dan menerima saman.

Yang paling penting saya selamat dan keluarga sudah dimaklumkan. Syukur...