Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 05, 2009

Ziarah Uncle Noordin & Family (September 20, 2009)

Best Blog Tips
Lepas ibadah, masa untuk menziarah sahabat -handai yang lama tidak kita kunjungi. Syawal pertama, Nothing is Impossible membawa kaki ke Damansara Utama melawat Uncle Noordin dan Auntie Siti yang menjadi kenalan Nothing Is Impossible semenjak 5 tahun yang lepas.

Sepatutnya, melawat rumah Kak Noor Azlida (anak sulung Uncle Noordin), tetapi Kak Noor pula beraya di di kampung suami di Johor dan cuma akan pulang ke KL pada hari raya kedua.

Kak Noor dulu adalah bos Nothing Is Impossible, sewaktu bertugas di RPM Engineers Sdn Bhd, 5 tahun yang lalu dan menjadi mentor yang sentiasa mendorong Nothing Is Impossible untuk menongkah arus dalam mencuba sesuatu. Biar apa pun rintangan, dia tetap positif dan sentiasa mencari peluang.

Sangat best bersahabat dengan Kak Noor sebab dia tak pernah cuba untuk jugde walaupun dia berbeza usia daripada Nothing Is Impossible, 15 tahun berbeza. Sentiasa memberikan kata-kata semangat dan tunjuk ajar untuk menguruskan sesuatu projek dengan lancar, walaupun kadang-kadang apa yang kita rancang tidak menjadi seperti yang kita tetapkan. A true Malaysian at heart, creative person and resourceful.


Auntie Siti (bekas kakitangan MBPJ) & Uncle Noordin (bekas pengarah Bank Pertanian). mereka pernah menetap di Kuching, sekitar tahun 70-an. Always teasing me with his joke and Nothing Is Impossible do enjoy Autie Siti's cooking, especially her specialty in making Laksa Perlis. Satu hari nanti Nothing Is Impossible nak belajar masak.. Uncle Noordin, Nothing Is Impossible sangat hormat dengan pandangannya dalam soal tanggungjawab, "Don't cheat with your work, always be honest in relationship."

Anak Kak Fazlina (Kak Noor's sister), Affafdayan. Tengah tunjuk macam mana nak main kad.. "Hati-hati Jim, dia tu terer kelentong, he always make his own rule," his mom siap warning

Finally Nothing Is Impossible bergambar bersama Auntie, Uncle and Affaf



Tengah tunjuk macam mana nak main kad. Tapi yang paling penting dia kalah.. wakakakaka