Tolong TRCC - Najib Datang (October 7, 2009)

"Pak Menteri nak datang rasmi Library kita ni," kata satu suara. "Menteri mana yang sudi datang menjenguk kita ni?" suara yang kurang sedap kedengaran. "Mestilah Datuk Seri Najib Tun Razak, PM kita," kata suara tu penuh bangga. Dalam hati, "PM nak datang?! Macam mana rasanya ye salam dengan PM? Mesti best?" "Esok saya nak semua yang tak terlibat dengan kaunter untuk datang membantu staff Tun Razak City Campus susun buku dan kemas apa yang patut," bos memberikan arahan. "Baik bos!!"

Maka keesokan harinya sibuklah staff PINTAR Campus dengan menyibukkan diri membantu staff City Campus. "Jangan risau.. makan-makan akan disediakan," tau sungguh staff City Campus hajat di hati.

Orang tengah sibuk menyusun buku 'pinjam'

Cik Hasmizawati pun seronok menyorong 'laki bini' ni

Tengah pening kepalalah 'menganalisis' nombor panggilan ni.... salah letak nanti susah pulak student nak cari...

Kaum hawa tengah sibuk mencatum patung kaum hawa... tiba-tiba seorang mamat datang mencabul..

Mamat yang gila....

"Inilah kerja laki.. nak gatal je keje. Nyah ko dari sini. patung pun ko nak cabul," Yong mengamuk manja

Akhirnya patung tersebut telah menjadi orang, siap berbaju kurung dan bertudung.. Pinjam je semua tu... maafkan orang yang kat belakang tu yer... entah ape yang dibuat? (anyway ini adalah gambar Galeri Universiti Tun Abdul Razak yang raw)

Yang ni pulak adalah gambar yang disumbangkan oleh seorang artis yang terkenal. Disamping gambar Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang Kedua, artis tersebut memasukan gambarnya sendiri dengan teknik super impose (photoshop) Orang lain tengok provokasi sikit, aku tengok ok jer...


Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)

The Truth About Rhea Arella ; The Journey of An Amazing Worshipper