Shopping Theraphies (September 12, 2009)

Sabtu lepas Nothing Is Impossible menghadapi test yang penuh dengan adegan kepala blur. Sepatutnya pada malam Jumaat, Nothing Is impossible mengulangkaji pelajaran selepas merehatkan minda yang keletihan.

Petang tu, Nothing Is Impossible berjumpa dengan supervisor, (Dissertation) bersama teman tetapi terpaksa menunggu begitu lama sehingga Nothing Is Impossible terlentuk lena di bangku berhadapan bilik supervisor. Akhirnya, 7 malam pun tiba, maka muncul kelibat orang yang ditunggu, sakitnya jiwa raga kami. Dia boleh terlupa dengan temu janji yang telah kami persetujui seminggu yang lalu!!

Tak boleh geram... menuntut ilmu dengan orang memanglah begitu. Memerlukan kesabaran yang tinggi. Tetiba telinga kami berdesing dek sindiran yang tajam, "Sapa suruh kamu tak sms dengan lecturer kamu?" kata teman supervisor. Padahal temujanji tersebut sudahpun dicatit di dalam diari beliau. "Sudah encik. Siap sms lagi dengan call lagi sebelum sampai" aku menyampuk. bercampur kehibaan. "Aduh.... saya minta maaf. Saya betul-betul terlupa dengan temujanji dengan kamu. Saya di dalam lab tadi... kalau dalam lab memang susah dapat reception handphone. Bla bla bla... " supervisor aku menjawab dengan untuk menyelamatkan keadaan. Maka temujanji tu kami terpaksa tunda ke hari Isnin.

Setelah kecewa dengan hasil temujanji tu, maka kami berdua pun berbuka di Kandang (nama glamor bagi gerai makan di Puncak Perdana). Selesai sahaja berbuka, maka pulanglah ke rumah masing-masing.

Setibanya di rumah dengan mata yang mengantuk, Nothing Is Impossible pun dengan tidak larat terus tidur kepenatan dan bercadang bangun untuk ulangkaji pada pukul 11.00 malam. Dalam fikiran, 2 jam tidur sudah memadai. Sekali bangun daripada tidur, jam sudahpun menunjukkan pukul 7.00 pagi. Aiya.. satu apa pun aku tak belajar lagi. dengan berbaki 2 jam sebelum ujian bermula, Nothing Is Impossible pun mengulangakji sesuai dengan tema blog ni. Speed study (dilarang sama sekali untuk pembaca blog yang masih menuntut).

Dengan penuh dedikasi, Nothing Is possible pun menghadapi ujian bersama jiwa-jiwa yang blur. Maka adegan aku yang merapu berlaku... "Jim!! kau tak apa Jim. Kau terer." Kawan-kawan mengucapkan kata-kata pujangga dengan bersahaja. "Yelah tu... korang tak tau cerita aku."

Setelah menghadapi situasi-situasi yang mencabar untuk minggu tersebut, kepala Nothing Is Impossible pun mencari ruang untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah, shopping therapies (act of random shopping alias beli-belah tingkap). Setelah cek clear Jumaat lalu dan kantung pun tebal sedikit, Nothing Is Impossible sangat memerlukan aktiviti-aktiviti yang ringan ditambah lagi dengan rasa cemburu yang tidak terbendung kerana tidak menyertai senamrobik pada pagi Sabtu tu.

Selesai test.. kereta dipandu laju ke SACC, Shah Alam. Dalam benak fikiran, "Aku nak beli ni, aku nak beli tu.. aku nak makan ni, aku nak makan tu" Berikut adalah hasil senamrobik aku di SACC & Plaza Alam Sentral.

Mango Delight (Secret Recipe) RM6.30. Koyak poket aku, tapi memang mmmmm


Mocha (Bee's) RM3.80

Samsung Wireless Mouse Duplus+ with presenter application (Nilah yang aku cari selama ni, terjumpa yang murah, bargain & bargain.. tempat lain RM150+)

Selepas siri terkejut yang melampau di rumah (musim nak raya ni, bebudak asyik sibuk main mercun. Jantung dah nak luruh). Murah dan mantap...

Hehehehe... yang ni bukanlah dibeli hari sabtu.. tetapi setelah sekian lama mengharap.. hari Selasa tu aku dapat menunaikan hajat. Peti sejuk jenama LG (2nd hand je), but still in good condition.

Buku ni pun aku beli... hahahaaaa!! Nak tipu pun biarlah bertempat. Baca.. baca...

Tetapi.. sebelum proses membaca diteruskan... kita makan Mango Delight.. baru perasan yang pipi makin mengecut

Popular posts from this blog

Majlis Ofis Tertutup (October 16, 2009)

Seminar Praise and Worship, “Leading In Power Worship” (June 19, 2010)

The Truth About Rhea Arella ; The Journey of An Amazing Worshipper